Followers

Saturday, July 9, 2011

Rindu dan sakit.

Nak cerita pasal Bersih? Nanti - nanti lah. Aku penat. Sangat penat pasal itu dan ini. Berargue dengan rmai orang. Penat.

9 Julai ni selain Bersih, ada banyak lagi benda yang jadi dalam hidup aku. Harini adik aku , Zahir, daftar kat UNISEL. Tapi tak dapat ikot. Sebab? Tak terbangun pagi tadi. Malamnya tu tak tdo. Sebab? Tayah tau.

Sekarang ni aku rindu sangat kat adik. :( sangat. Walaupun tak rapat dengan dia, tapi rindu yang ada still banyak gila. Dah lah aku ta terjaga masa dia na kluar tu. Sian dia. Selalunya, waktu - waktu ni dia ada at bawah tengok tv. Dah biasa dia kat umah kan. Dah besar dah adik.

Along rindu adik! Muah muah. Iloveyou, dik. Blaja elok2. I know u can do it. Jyeah.!~

Ya Allah. Aku mohon Kau kurangkan lah sedikit rasa kesakitan ni Ya Rabb. Aminn.
Satu badan sakit lepas perut sakit. Punca perut sakit tau lah. Badan? taktau. Harap2 takde apa2.

Monday, July 4, 2011

Aku Pencinta Sajak.

Rasanya dalam blog ni dah banyak kali aku tulis pasal Zahiril Adzim. Macam mana aku mengagumi dia bukan kerana dia seorang pelakon yang biasa, atau kerana hensemnya dia. Tapi kerana tajamnya penulisannya dan hebatnya daya pemikirannya. Tahniah diucapkan untuk ZA. Dengar katanya buku Bogel Menuju Tuhan laris di pasaran. Pada awalnya, 1000 naskhah diterbitkan untuk keluaran pertama. Tapi nak ditambah. Tahniah! Aku dah cakap dia penulis yang hebat!

Ok. Sekarang aku cerita - cerita pasal penulisan jugak ah. Ada la beberapa orang kawan yang pandai menulis sajak - sajak dan catatan - catatan. Dalam erti kata lain, mereka ni ada soul lah. Nak share kat sini sikit.

SAHABAT by Jazz Jalal

bukan hanya gelak tawa, bersama. sedih pilu juga. lama. lama sudah hati tidak dipenuhi gembira. bukan nya lalu bermakna hati sedih. hanya kurang gembira nya. bersama meluang masa. sahabat hidup dimana-mana. sahabat mati perlu dicari.

BINTANG by Jazz Jalal

oh kau terang. sinari gelap malamku. aku sendiri. sendiri lagi. menjamu penglihatan, melihat sesuatu yang mempersona. oh kau mempersona. mengubati hati yang luka. mungkin Dia ciptakan kau khusus untuk insan seperti aku. yg mendambakan ketenangan. oh aku tenang, tenang kerana kau. terima kasih tuhan.

courtesy to JAZZ JALAL. Soul. :) Keep on writing Jazz. Saya suka anda punya sajak! These two are my favs. Actually, semua pon suka.

ANGAN by Hatim Roslan.

Sudahlah
Susunan tidak diterima
Hamburan hanya seketika
Pejam kataku
Hilang bentakku

Besi disusun menjadi kayu
Dihentak patah lalu layu
Meleleh masuk ke setiap inci r0ngga

Tertutup siap !
Rapat !
Hingga tiada daya aku bgerak
Aku kaku !
Aku kaku dengan lelehan itu.

HILANGLAH KAU HILANGLAH by Hatim Roslan.

Coretkan semuanya diatas tulisan
Lukiskan semuanya dalam pemikiran
Hembuslah .
Dan biarkan ia diawang awangan
Ia terbang , terapung dan hilang dari pandangan .

Susun!

Jgnlah mengganggu!
Aku tidak mahu engkau!

Atur rapat-rapat!

Agar semuanya kelihatan kemas .
Biarkan aku tercampak dalam ruangan idaman aku .

Sudah puas hati ?

Senyumlah!
Indah bukan?

courtesy to HATIM ROSLAN. Keep on writing. Your thoughts are always diff from what normal people will think. Luahkannya melalui penulisan. :)

Memandangkan aku ni seorang pelajar bahasa dan kesusasteraan , aku lebih cenderung menganalisis karya - karya yang sedia ada daripada berkarya sendri. Aku tak sehebat dorang ni. Baca dan telaah sajak2 dorang , boleh lah.

Motif entri ni? Saya bangga ada rakan seperti anda berdua. Serius taktipu!. Teruskan menulis. Akan terus memberikan sokongan!

p/s : Jazz Jalal and Hatim Roslan. Nama je pon dah komersial. Boleh lah terbit buku plak. Haha. :)