Followers

Sunday, August 21, 2011

When I say childhood, I mean it to you people!

21 years old already. But sometimes, you just miss your childhood time. Kan? Kadang - kadang terimbau balik zaman kanak - kanak. Alo. Rindunya.

Tapi aku bertuah! Because? I have friends from primary school. And some of them from pre - school. yang sangat - sangat sporting and they really know what friends are. Well, up till now, we are united in the name of "SKTS". :) Or I should say sekolah agama rendah darul muhajirin. :) Kitorang still keep in touch with each other smpai sekarang! And I would say, dorang lah kawan - kawan yang ada time kau susah dan senang. And because of that lah friendship kitorang kuat. Kan kan kan. Even after sooooooooo long tak jumpa, there is zero awkwardness! Borak macam zaman kitorang 12 tahun dulu. Haha.

The latest so-called reunion hari jumaat lepas. Di rumah Yaya, beriftar beramai - ramai. Even yaya sendiri di Kanada. :) Toksu and Toklang mmg sporting tayah cerita lah.

Ok lah . Just let the pictures talk now. (Oh. Courtesy gambar to Meor Fikri)





Buah tangan dari Shamin. Thank you for the oreo! :)


Oh . We had fun! Sarah jangan nak comel sangat. Haha. Semua comel!


Miejan top baru baik dan tuan punya gambar, Meor Fikri. Dorang model . Ensem kan. haha.


Again! Love u people!

Saiful dan Din sedondon.


Ni gaya candid dorang. '-..-


Ingat tak 6S? Dorang lah galah dalam kelas. Sampai skang pon still paling tggi!



Meet my best buddies! :) Farouq and Shamin!

Oh and my other best buddy, Miejan top.


These are the girls : From left : Dayang, Eka, Che, Mira and Sarah

These are the boys Farouq, Meor, Shamin, Miejan, Amy, Epul, Maroul.


Candid gay!

Candid tak gay. Haha.



We had fun kan? Hopefully, lepas ni kita dapat gather2 lagi ye bebeh! :)

To Yaya : We miss you. :) Goodluck for exam and take care !

Wednesday, August 10, 2011

Satu sahaja.

Kerana sata patah kata, kita berantakan.

Satu.

Betul lah kalau orang kata kerana mulut badan binasa.


That was just toooooooooooo harsh. Too harsh , man.

And that what makes my heart becomes even more harsh than that. Sorry. Give me space I need. Thank you.

Monday, August 8, 2011

Sambutan Sebelum Ramadhan.

Sebelum 1 Ramadhan yang lalu, aku balik kampung . Johor ah. Mana lagi. Wee. Mulanya, kami plan nak balik kampung ramai2 untuk kenduri tahlil. Tapi disebabkan masalah teknikal, kenduri terpaksa dibatalkan. Tapi kami dah plan awal2 kan. So, kami teruskan niat kami. Tapi digantikan dengan BBQ di Pasir Gudang, Johor Baru.

Kiranya macam nak menyambut Ramadhan jugaklah kann. Meriah oi. :)

Ok. Sekarang. Biar gambar je yang bercakap ye.


Ayah dan Ibu. Kebetulan anniversary jatuh pada 31 Julai haritu. Happy 22nd Anny ibu ayah. Love u guys! Muah! :)


Dua beradik yang suka membahan orang. Hehe. Pakcik - pakcik 'konon muda' ku.


Nah. Budak - budak kecik. Ada yang ketawa. Ada yang menangis. Yang pasti air liur tetap meleleh. HAHA.


Aku bersama makcik cun ku. mama si Umar. :)


Umar bersama ayahnya. Sama tak muka? Sama! Apa yang lain? Cuba teka. Hehehe. :)


Three stooges! Pakcik2 ku bertungkus lumus hidupkan bara api. :)


Pemungut/pengail rambutan sejati sampai luka - luka kaki. HAHA,


4 beradik. Sama tak muka??


Sembilu 2011 katanya. Haha. Makcik2 yang teringin jadi muda. Haha.


Aku bersama makcik-makcik sporting ku. Dengan dua orang budak kenit nih. Umar dan Nawal! :)

p/s : tak sabar raya. Sebab?? dapat kumpul ramai2 macam ni lagi. :)

Sunday, August 7, 2011

salam maaf.

Banyaknya jemputan buka puasa sama - sama dengan rakan - rakan.

Kalau boleh, memang nak p semua.

Tapi ongkosnya enggak ada. Mintak maaf ya.

Thursday, August 4, 2011

Bolasepak Malaysia.

Nah. Berzaman da kan kes Malaysia vs Singapura 28hb hari tu kat Bukit Jalil. Aku baru nak cerita pasal tu hari ni. Sebab? Lepas je game, aku balik kampung. So takleh online. Balik je dari kampung, aku p bersiar - siar kat spital 2 3 hari. Haha. Tu yang tak terupdate tu. Tapi aku nak cerita jugak lah pengalaman aku kat sana. Menonton bola sepak secara live. :)

Aku sampai jam 415 petang. Aku gerak dari UIA dalam kol 3ptg. Aku ingat aku dah awal . Rupanya memang tak lah . Dah penuh train tu ha. Kalau time lawan Chelsea haritu, takde lah seramai nih. Bagus rakyat Malaysia! Semangat tu yg penting. Sampai je Bukit Jalil, orang yang ramai - ramai tadi keluar dr perut train tuh. Tak semena - mena mereka bersorak ramai - ramai. Macam semua dalam train tu kenal lah satu sama lain. Aku berdiri , kaku. Semangat nya dorang nih. Aku pon turut sama semangat.

Sampai dekat karnival bawah tu, macam - macam ada. Makanan, jersi, tshirt, mafla, sticker dan sebagainya. Target kami ialah untuk membeli jersi! Yeah. Sebab kami takde jersi lagi. Haha. Sedih kan. Cari lahh jersi warna kuning hitam tuh. Raawrrrr . Semangat Harimau Malaya betul. Dapat lahh yang harga rm40. Kualiti ok sikit dari yang rm20 tu. Ramainya orang. Panas lagi. Kami p makan - makan dulu. Bihun sup d kampung. Sedap okay.

Masuk stadium. Lagi meriah. Buat yang nak tau aku duduk kat bahagian mana. Aku masuk ikut yellow gate. Duduk dekat bendera selangor yang panjang tu. Yang ada gendang2 tu. Kat situ lahh. Haa. Meriah weh. Belum apa - apa, semua dah start nyanyi - nyanyi lah. Bising. Bingit. Sampai lah waktu azan. Aku betul - betul respek mereka - mereka yang terus diam , tak buat bising time azan. Siap bagi signal lagi suruh senyap. Tapi ada jugak yang tak reti bahasa. Bising gila. aku sakit hati betul. Ramai - ramai lah p surau yang dah disediakan.

Before kick start, ada sesi memanas badan dua - dua team. Bila Datuk K Rajagobal masuk je. Semua berdiri. Bersorak untuk dia. Seronok waktu tu. Bila team Singapura masuk, laungan LOSER kedengaran. HAHA. Aku rasa aku boleh terima benda tu. Standard lah. Saiko pihak lawan kan. Lagipun Kapten Singapura kan penah tunjuk signal L kat kita. Ok lettew. What u give u get back. Tapi bila dah ada yang mencarut - carut menggunakan isyarat jari. Ohh. Itu aku tak setuju. Sivik tiada langsung. Marah betul saya.

Dan ada lagi. perkara - perkara yang tak bertamadun berlaku sepanjang dalam stadium. Semasa Singapura punya national anthem. Penyokong Malaysia pergi boo sana boo sini. Bising. Tak hormat langsung. Cuba kalau kena tang kita, ngamuk gila lah kan. *typicalmsian. Masa nyanyi lagu Negaraku., bersatu padulah rakyat Malaysia ketika tu. Semangat betul aku nyanyi . Hehe. Sampai lahh ada sorang brader nih mintak laluan. Nak keluar. Dengan 2 orang rakannya. Aku tengok muka brader ni, sebelah warne merah. Aku ingat cat. Rupanya DARAH!!!! Yang keluar dari MATANYA. Sian. AKu syak mesti penangan mercun yang dibaling orang - orang tak bertamadun. Terus aku duduk. Baca ayat kursi banyak - banyak. Mintak perlindungan dari Allah. Elakkanlahh aku dari apa - apa benda yang tak diingini. :( Darah brader tu ada kat kasut Hatim. Meleleh. Kesian. Sambil tu, aku doa jugak untuk abang tu supaya dia takda apa - apa. Last - last, aku dapat berita, dia buta kanan. Sian!!

Nak tau dengan lebih lanjut? Nah. Baca nih ---> buta kanan

Ada jugak yang tak reti nak faham. Orang suruh duduk, tak reti nak duduk. Tak hormat orang langsung. Kitorang pon bayar okay! Baling - baling botol tu biasa ahh. Mercun?? Lagi biasa. Tunjuk f**k sign? Tiap masa. haiyooo. Time balik tu, naik kereta. Tumpang kereta member. (Tq tobek! (bf phye)) Hehe. Ada lah dalam 5 - 6 kereta kena pecah. Sian . Suma yang kereta hensem - hensem. Kereta kancil taknak pecah pulak . Haiyoo.


Macam tu lah. Sikap sesetengah penyokong Malaysia yang takde sivik. Kita boleh nak support ramai - ramai. Tapi sivik kena ada. Okay? Yang malu nanti Malaysia. Malaysia kan mewakili kita semua. Harapnya, semua orang ada kesedaran untuk menjadi orang yang lebih bertamadun!

p/s : Apek. Stop lah dengan kisah peribadi kau. Concentrate on ur training untuk Olimpik
p/s/s : Aku nak p stadium lagi. tapi pilih port cantik sikit. Haritu depan sangat . Cari port atas sikit.

Okbai.


Wednesday, August 3, 2011

My Sweetheart.


I just wanna share with u people, my very own lil sweetheart. Love him so much.

|
|
|
|
|
|
|
|



Tada. Its Umar Zachery b. Fakhrulakmal! Ensem kan pakwe saya. :) Muah muah muah adikku sayang.


p/s : gambar sehari sebelum tragedi hospital berlaku. i was very happy that i ate a lot! haha.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Vs Hospital.

Bila dan ketika ramai - ramai sibuk untuk menunaikan solat terawih malam pertama Ramadhan, aku di masukkan ke hospital. Yes! Memang best sambut puasa kat hospital.

Apa jadi?

Sakit perut yang melampau. Sakit yang macam perut kau kena tarik sampai kau tak boleh berdiri langsung. Sakit yang sampai kau menangis tak henti. Sakit weh. Sumpah.

Aku baru balik Ahad tu dari Johor. Aku ingat sakit perut cirit birit. Tapi dalam pada nak sampai umah tu, perut macam kene hiris dengan pisau. Dah lah dalam kereta . Nak guling2 pon takleh.

Sampai rumah, apa pun takleh. Haha. Terus bergegas p klinik dan akhirnya doctor suruh refer ke hospital. Suspect appendiks katanya.

Dan akhirnya , saya di tahan di wad untuk 2 malam. Mula - mula tu doktor kata macam bukan appendiks, lepas tu ye plak. Pening dah aku. Tapi yang pasti, sakit tu makin berkurangan. Yang menjadi susah untuk doktor untuk melepaskan aku balik is that dorang pon tak sure aku sakit apa. Pelik kan. Sebab simptom2 yang ada suma bercampur2. Ada simptom food poisoning, appendiks and gastrik.

Mula- mula doktor suruh puasa, then bukak plak. Puasa balik. Pening. Tapi kes aku, aku takleh makan. Kalau makan , mkin sakit. Pelik lagi. Tah.

Last - last tadi petang, doktor cek, pon tak dapat nak detect lagi. Doctor pun tanya, "Adik, nak balik tak?" Gila ke nak cakap taknak . Nak lah. Bosan lah duduk hospital. Ibu tak teman pun. Sebab aku tanak ibu teman. Sian la adik2 nak buka sahur suma kalau ibu takde kat umah. Aku takpe. Nurse ramai, doktor pon ramai yang ensem2. Eh?? Haha. So I was very lonely. Tidur pon sorang - sorang. Sedih kan? Budak - budak katil sebelah sume ibu teman. Aku je konon independent. Haha!

Kesimpulannya, sampai sekarang aku sendiri tatau apa sakit aku. Sebab perut ni still sakit. Tapi tak sesakit yang first day lah. Tapi still tarik tarik. Ya Allah. Besarnya dugaanMu di bulan Ramadhan nih. Hopefully, aku dapat bertahan untuk puasa sok. Amin.

Aku sakit bukan sebab aku berdiet. Sebab aku tak diet pun. HAHA. Konon je nak diet. Sebab kuat makan pedas kot.

I would like to say tq to all the doctors and nurses yang jaga saya. Tqvm.

Tq to family yang sentiasa mendoakan kesihtan saya. Pakcik makcik, sepupu sepapat dan semuanya! Tq

Tq kepada yang concern. Amik tau pasal kesihatan saya. Tq korg.

Special thanks to Kak Yati. Ayai . dan Hatim yang sudi datang lawat,.

p/s : ada doktor ensem. aww. haha