Followers

Sunday, July 22, 2012

I am off!

Hye followers. I am not going to write on this blog anymore.

If you guys are still interested to read whatever stuff that i'll write, kindly visit www.dayangam.blogspot.com .

New blog , new me. Aiceh. :D

Thanks!

Friday, May 18, 2012

Kalau.

Kalau betul suka, cakap.
Kalau tak suka, senyap.

Kalau sayang, luahkan.
Kalau benci, -aku peduli apa.

Kalau cinta, syhhh.
Jangan cakap apa - apa.
Kenapa.
Sebab cinta tak perlu kata,
Cinta kena rasa.

BilaMana Mereka


Bila lelaki tak boleh nak control keadaan, bukan lelaki namanya.
Bila lelaki tak boleh buat pilihan, bukan lelaki namanya.
Bila lelaki tak boleh jadi rational, bukan lelaki namanya.
Bila lelaki tak boleh bertanggungjawab, bukan lelaki namanya.
Bila lelaki tak boleh nak sensitif, bukan lelaki namanya.



Bila perempuan tak boleh nak turunkan ego, itu memang perempuan.


Saturday, April 14, 2012

Free Education and PTPTN

So the hottest issue now in Malaysia is that PR would want to abolish PTPTN and serve free education to all the students in Malaysia. Wait. I am not even sure when is the General Election going to be? Well. It's this year for sure.

So these are my opinions on this issue. I'm seeing this as a student and Malaysian. without having any favoritism and biasness towards any of the available political parties in Malaysia. Note that , people.

I would never want to agree with the system of PTPTN . That they students need to pay extra if they were to pay late. Everyone disagrees with this one. Having said that, PTPTN should not be 100% abolished. (mind you that,this is my opinion). I'm not taking the loan and i feel the burden of paying the university's fees. My dad feels the burden. The fee is like RM1000++ every semester. Just imagine. Maybe RM1000 is a small amount for some of you. But for me,it's a lot! So,PTPTN helps the family to pay the fees. It helps you, right? (to those who take PTPTN). So i am saying the system is the one to be studied and not to abolish terus. Kalau lahh anyone in Malaysia can study the system and change it a lil, every student can benefit from it. Contohnya, the students need to pay the exact amount of what they have borrowed. That should be, for me, well okay enough.

Free education. They even said that they wanna abolish PTPTN and serve free education. Well. I agree with the idea. If you can do it,do it lahh. Maksudnya if you find it possible to do it. Buat. I dont mind. Jangan janji kosong je. Nanti habuk pun tadak. Yang merana, student ni ha. Dah abolish PTPTN, tiba2 yuran universiti still sama tggi. Haaa. Kan ke susah. Ye dop?

Yang pergi ikut demo semalam. ramai pelajar - pelajar. Dan kebanyakkannya yang meminjam PTPTN. Use the loan wisely, students. Kalau guna duit PT pergi berjoli sana sini,jangan lah marah bila nak kena bayar balik nanti. Bayar tetap kena bayar. Okay?

Sebagai mahasiswa,it is never wrong to express your thoughts. Provided with we're smart enough to tackle every issue. Jangan ikut perasaan.

-saya bukan peminjam ptptn-

I am err back??

Hey peeps. It has been a very longggggggg time since the last time I updated my blog. I guess I was so busy with things and commitments.

How my life has been so far? Well. Can never be better. I love what I'm having now with family and friends. Letting go the commitment with a special one is the decision i have made last november. And well I cannot regret. Nahh. I don't regret though sometimes I do miss him. But hey. Life goes on. We just aren't meant to be for now.

Having a boyfriend now is the last thing that I would ever want to think about. Because now that I'm reaching towards my third year of university life, I should focus more on what I should have.

Third year student? How does it sound.Cool right. I want to graduate sooo soon.I wanna find good job, and kumpul duit banyak2 and settle down and have kids. Aha. Naaah. My aim for now is to graduate soon so that I could help my parents. My mom isnt working any longer. My dad is getting old by day. So as the eldest one, I should take the responsibility to jaga my family. Okay. I want to take the responsibility, I mean. Amiinnn. Kahwin is like sooooo jauh to think now that i dont even have a bf and i think my mom likes the idea of me not getting married right after graduating. Haha.

I'm hoping that this semester would be another great semester .InsyaAllah. Every semester is a great one. (Yeah. I am trying so hard to be positive in anything that i wanna do and think. Cuz insyaAllah, having positive vibes will help you to be a better person each day.)

Saturday, December 17, 2011

Hati

Hati tu sekeping je kita ada. Susah kita nak predict apa yang hati akan rasa. Hati kita tau apa hati lain akan rasa. Sebab hati sama je. Hati rasa suka, sayang, cinta, sakit, kecewa. Kita tau hati orang akan sakit kalau kita buat macam ni. Tapi kenapa kita still buat? Aku pun tak ada jawapannya. Hati memang bukan untuk disakiti.Tapi kita pun bukan nak menyakiti. Kita ada pilihan untuk tidak menyakiti. Kenapa pilih untuk menyakiti? Sebab kalau kita pilih untuk tidak menyakiti sekarang, sampai bila kita kena terus hidup berpura-pura. Konon sekarang tak sakit tapi hati kita sama-sama rasa sakit.

Kita cakap tak sakit. Hati dah sakit.
Kita cakap taknak benci. Hati dah benci.
Kita cakap taknak sayang. Hati dah sayang.

Kita boleh tipu diri kita dan semua orang dalam dunia. Tapi hati? Kita tak boleh tipu hati kita. Sebab dia yang rasa benda tu. Kadang - kadang kita tak minta pun ada rasa tu.

Hati, kalau kau boleh aku kawal dengan senang, aku rasa aku tak seserabut ni.

Monday, November 7, 2011

Introducing Me New Familia.

It has been sooo long since the last time I blogged. Yeah. New sem has started and I have been very busy and stuff. Doing things that I need to do. Firstly, as a student. So many assignments , presentations and exams. Secondly, as one of main boards in a society. Attending meeting and stuff. And yeah one more. As a cast in a theater. Yeah. So this sem, finally I have the courage to go for the audition. And alhamdulillah. I am selected to be part of the theater. Yeay! Yippi! 3 commitments in a sem. That's a whole lot! Seriously imma not kidding you this. It's hard even to be at your room. '-_-

I wanna tell you guys what happened on my birthday. I know it's pretty lame. I know it was on the last last Saturday. Lame! Well who cares! Haha. On my birthday, as usual. I had EXAM. yeah bebeh yeah. ARABIC MIDTERM EXAM. And what's with that? I have been spending my birthday night with Arabic notes all over the place. Sheesh. Im not kidding. While having the whole lot warm wishes, I was studying like very hard. And nothing much happened. I know my birthday would end just like that. urghh. To make it even worse, I flunked my Arabic paper. Cool? Yeah. I know it is indeed.

BUT, it did not end there. My birthday continued till the next Monday where my theatre mates had a plan to prank me with tepung and stuff. '-_- They obviously did that dengan berjayanya. Well. What do you expect. Kau dikelilingi pelakon - pelakon kot. Harus lah lakonan menjadi! Duhh. Dan pengakhirannya........? Ramai yang tertipu . Cait.


Yeah. These are the gambar that we've got. Let's!

SEBELUM PERANG TEPUNG.


Err. Confuse dengan watak sendiri. Haha.

Yeah. This is Aiman! Comel kot dia. Well. He acted innocent tapi dia tahu what was going to happen. '-_-

Meet my scene mate and Arsenal mate. CAPIX. Eh. Syafiq. Si arkitek yang sombong. Oh. This is the mastermind. Muka sumpah konon takkan ada apa2 yang berlaku.

Syafiq, Tasya, Me, Nazmi.
We're having fun ambik gambar, aren't we? Tasya looked super gorgeous! :) She is also my scene mate. A great actress she is. Nazmi tu Used to be assistant director. :)

we looked clean, no?

SELEPAS PERANG TEPUNG

Yang depan sekali tu, Sue. Our Assitant director. She is great. Tegas dan fun. Dan she is pretty.

Sebelah Sue tu Farid. Assitant director. Yang juga tau apa yang akan berlaku. Pandai farid berlakon! '-_- Dia garang but i know untuk kebaikan kami. Yeah yippi.
:)

A group photo. How comot we were. Ofcoz lah aku yang paling comot kan. Grrrr.
Yang berbaju kurung itu adalah Fatin. She is so cool. We can talk about serious and not serious things together. Sometimes, i think the way we think pon sama. :) lelaki berbaju putih sebelah fatin itu adalah Shah. Newbie. Hopefully dia takkan back out. Yeah. :) Yang berbaju merah sebelah baju biru itu adalah Man. Pemilik gambar2 ini. :) Dia suka buat lawak dan main - main. Tapi I know he's got something to show to us! :) Yang buat tanduk kat aku tu, Qawy. The tallest man in UIA. HAHA. Dia garang gilaaaaa okay. Haha. Tp dia sgt professional.

The most favourite picca of all. :) Depan Tasya, si Aizan. Sifu Bahasa Arab. Dia lah yang dengan rela hati mengajar kami Bahasa Arab. :) Tq Ustaz. yang berbaju oren itu adalah Rams. Orang Sabah yang lucu dan sangat random. Ketua kampong yang berjaya! haha. Lelaki bercap itu pulak adalah Syafiq jugak. Syafiq ohsem kitorg panggil dia. Dia mmg ohsem dan dia punya BM. Errrrr. haha. Lelaki yang berbaju biru Everton itu adalah Afiq. Dia merupakan mastermind jugak. Seorang yang gila. Dan minat Chelsea yang kalah dengan Arsenal 5-3 aritu. Hhaha. Perempuan bertudung putih itu adalah fana. Cantik dia ni. Tinggi dan putih dan kelakar. Haha.
Yang tudung hitam tu, tayah nak introduce lagi kot. HAHAHA. Phye. :) Yang paling hot. Haha.


Yeah this is me! Look like whatever u wanna call it. I dont mind.

Yeah. I am done introducing all my theatre mates. Except for the director yang takde malam tu. Nanti saya buat post baru khas untuk director okay? :)

They are now my new family. I love them so much. Seriously and I miss them during this one whole break. Sobsobsob.

Dear theater mates,

Thank you for the birthday prank. This is really my first time untuk dapat tepung and stuff masa hari jadi. Haha. But thank you . Terharu. :') You guys really made my day. I wanna let you guys know that every day i'm waiting for the training sebab i know you guys can cheer me up even im having a really bad day. We are a family now. I know we can do the very best for the theater! Jyeah kawan2. Semangat2.

p/s : kepada next empunya bday, just be prepared.

Sunday, August 21, 2011

When I say childhood, I mean it to you people!

21 years old already. But sometimes, you just miss your childhood time. Kan? Kadang - kadang terimbau balik zaman kanak - kanak. Alo. Rindunya.

Tapi aku bertuah! Because? I have friends from primary school. And some of them from pre - school. yang sangat - sangat sporting and they really know what friends are. Well, up till now, we are united in the name of "SKTS". :) Or I should say sekolah agama rendah darul muhajirin. :) Kitorang still keep in touch with each other smpai sekarang! And I would say, dorang lah kawan - kawan yang ada time kau susah dan senang. And because of that lah friendship kitorang kuat. Kan kan kan. Even after sooooooooo long tak jumpa, there is zero awkwardness! Borak macam zaman kitorang 12 tahun dulu. Haha.

The latest so-called reunion hari jumaat lepas. Di rumah Yaya, beriftar beramai - ramai. Even yaya sendiri di Kanada. :) Toksu and Toklang mmg sporting tayah cerita lah.

Ok lah . Just let the pictures talk now. (Oh. Courtesy gambar to Meor Fikri)





Buah tangan dari Shamin. Thank you for the oreo! :)


Oh . We had fun! Sarah jangan nak comel sangat. Haha. Semua comel!


Miejan top baru baik dan tuan punya gambar, Meor Fikri. Dorang model . Ensem kan. haha.


Again! Love u people!

Saiful dan Din sedondon.


Ni gaya candid dorang. '-..-


Ingat tak 6S? Dorang lah galah dalam kelas. Sampai skang pon still paling tggi!



Meet my best buddies! :) Farouq and Shamin!

Oh and my other best buddy, Miejan top.


These are the girls : From left : Dayang, Eka, Che, Mira and Sarah

These are the boys Farouq, Meor, Shamin, Miejan, Amy, Epul, Maroul.


Candid gay!

Candid tak gay. Haha.



We had fun kan? Hopefully, lepas ni kita dapat gather2 lagi ye bebeh! :)

To Yaya : We miss you. :) Goodluck for exam and take care !

Wednesday, August 10, 2011

Satu sahaja.

Kerana sata patah kata, kita berantakan.

Satu.

Betul lah kalau orang kata kerana mulut badan binasa.


That was just toooooooooooo harsh. Too harsh , man.

And that what makes my heart becomes even more harsh than that. Sorry. Give me space I need. Thank you.

Monday, August 8, 2011

Sambutan Sebelum Ramadhan.

Sebelum 1 Ramadhan yang lalu, aku balik kampung . Johor ah. Mana lagi. Wee. Mulanya, kami plan nak balik kampung ramai2 untuk kenduri tahlil. Tapi disebabkan masalah teknikal, kenduri terpaksa dibatalkan. Tapi kami dah plan awal2 kan. So, kami teruskan niat kami. Tapi digantikan dengan BBQ di Pasir Gudang, Johor Baru.

Kiranya macam nak menyambut Ramadhan jugaklah kann. Meriah oi. :)

Ok. Sekarang. Biar gambar je yang bercakap ye.


Ayah dan Ibu. Kebetulan anniversary jatuh pada 31 Julai haritu. Happy 22nd Anny ibu ayah. Love u guys! Muah! :)


Dua beradik yang suka membahan orang. Hehe. Pakcik - pakcik 'konon muda' ku.


Nah. Budak - budak kecik. Ada yang ketawa. Ada yang menangis. Yang pasti air liur tetap meleleh. HAHA.


Aku bersama makcik cun ku. mama si Umar. :)


Umar bersama ayahnya. Sama tak muka? Sama! Apa yang lain? Cuba teka. Hehehe. :)


Three stooges! Pakcik2 ku bertungkus lumus hidupkan bara api. :)


Pemungut/pengail rambutan sejati sampai luka - luka kaki. HAHA,


4 beradik. Sama tak muka??


Sembilu 2011 katanya. Haha. Makcik2 yang teringin jadi muda. Haha.


Aku bersama makcik-makcik sporting ku. Dengan dua orang budak kenit nih. Umar dan Nawal! :)

p/s : tak sabar raya. Sebab?? dapat kumpul ramai2 macam ni lagi. :)

Sunday, August 7, 2011

salam maaf.

Banyaknya jemputan buka puasa sama - sama dengan rakan - rakan.

Kalau boleh, memang nak p semua.

Tapi ongkosnya enggak ada. Mintak maaf ya.

Thursday, August 4, 2011

Bolasepak Malaysia.

Nah. Berzaman da kan kes Malaysia vs Singapura 28hb hari tu kat Bukit Jalil. Aku baru nak cerita pasal tu hari ni. Sebab? Lepas je game, aku balik kampung. So takleh online. Balik je dari kampung, aku p bersiar - siar kat spital 2 3 hari. Haha. Tu yang tak terupdate tu. Tapi aku nak cerita jugak lah pengalaman aku kat sana. Menonton bola sepak secara live. :)

Aku sampai jam 415 petang. Aku gerak dari UIA dalam kol 3ptg. Aku ingat aku dah awal . Rupanya memang tak lah . Dah penuh train tu ha. Kalau time lawan Chelsea haritu, takde lah seramai nih. Bagus rakyat Malaysia! Semangat tu yg penting. Sampai je Bukit Jalil, orang yang ramai - ramai tadi keluar dr perut train tuh. Tak semena - mena mereka bersorak ramai - ramai. Macam semua dalam train tu kenal lah satu sama lain. Aku berdiri , kaku. Semangat nya dorang nih. Aku pon turut sama semangat.

Sampai dekat karnival bawah tu, macam - macam ada. Makanan, jersi, tshirt, mafla, sticker dan sebagainya. Target kami ialah untuk membeli jersi! Yeah. Sebab kami takde jersi lagi. Haha. Sedih kan. Cari lahh jersi warna kuning hitam tuh. Raawrrrr . Semangat Harimau Malaya betul. Dapat lahh yang harga rm40. Kualiti ok sikit dari yang rm20 tu. Ramainya orang. Panas lagi. Kami p makan - makan dulu. Bihun sup d kampung. Sedap okay.

Masuk stadium. Lagi meriah. Buat yang nak tau aku duduk kat bahagian mana. Aku masuk ikut yellow gate. Duduk dekat bendera selangor yang panjang tu. Yang ada gendang2 tu. Kat situ lahh. Haa. Meriah weh. Belum apa - apa, semua dah start nyanyi - nyanyi lah. Bising. Bingit. Sampai lah waktu azan. Aku betul - betul respek mereka - mereka yang terus diam , tak buat bising time azan. Siap bagi signal lagi suruh senyap. Tapi ada jugak yang tak reti bahasa. Bising gila. aku sakit hati betul. Ramai - ramai lah p surau yang dah disediakan.

Before kick start, ada sesi memanas badan dua - dua team. Bila Datuk K Rajagobal masuk je. Semua berdiri. Bersorak untuk dia. Seronok waktu tu. Bila team Singapura masuk, laungan LOSER kedengaran. HAHA. Aku rasa aku boleh terima benda tu. Standard lah. Saiko pihak lawan kan. Lagipun Kapten Singapura kan penah tunjuk signal L kat kita. Ok lettew. What u give u get back. Tapi bila dah ada yang mencarut - carut menggunakan isyarat jari. Ohh. Itu aku tak setuju. Sivik tiada langsung. Marah betul saya.

Dan ada lagi. perkara - perkara yang tak bertamadun berlaku sepanjang dalam stadium. Semasa Singapura punya national anthem. Penyokong Malaysia pergi boo sana boo sini. Bising. Tak hormat langsung. Cuba kalau kena tang kita, ngamuk gila lah kan. *typicalmsian. Masa nyanyi lagu Negaraku., bersatu padulah rakyat Malaysia ketika tu. Semangat betul aku nyanyi . Hehe. Sampai lahh ada sorang brader nih mintak laluan. Nak keluar. Dengan 2 orang rakannya. Aku tengok muka brader ni, sebelah warne merah. Aku ingat cat. Rupanya DARAH!!!! Yang keluar dari MATANYA. Sian. AKu syak mesti penangan mercun yang dibaling orang - orang tak bertamadun. Terus aku duduk. Baca ayat kursi banyak - banyak. Mintak perlindungan dari Allah. Elakkanlahh aku dari apa - apa benda yang tak diingini. :( Darah brader tu ada kat kasut Hatim. Meleleh. Kesian. Sambil tu, aku doa jugak untuk abang tu supaya dia takda apa - apa. Last - last, aku dapat berita, dia buta kanan. Sian!!

Nak tau dengan lebih lanjut? Nah. Baca nih ---> buta kanan

Ada jugak yang tak reti nak faham. Orang suruh duduk, tak reti nak duduk. Tak hormat orang langsung. Kitorang pon bayar okay! Baling - baling botol tu biasa ahh. Mercun?? Lagi biasa. Tunjuk f**k sign? Tiap masa. haiyooo. Time balik tu, naik kereta. Tumpang kereta member. (Tq tobek! (bf phye)) Hehe. Ada lah dalam 5 - 6 kereta kena pecah. Sian . Suma yang kereta hensem - hensem. Kereta kancil taknak pecah pulak . Haiyoo.


Macam tu lah. Sikap sesetengah penyokong Malaysia yang takde sivik. Kita boleh nak support ramai - ramai. Tapi sivik kena ada. Okay? Yang malu nanti Malaysia. Malaysia kan mewakili kita semua. Harapnya, semua orang ada kesedaran untuk menjadi orang yang lebih bertamadun!

p/s : Apek. Stop lah dengan kisah peribadi kau. Concentrate on ur training untuk Olimpik
p/s/s : Aku nak p stadium lagi. tapi pilih port cantik sikit. Haritu depan sangat . Cari port atas sikit.

Okbai.


Wednesday, August 3, 2011

My Sweetheart.


I just wanna share with u people, my very own lil sweetheart. Love him so much.

|
|
|
|
|
|
|
|



Tada. Its Umar Zachery b. Fakhrulakmal! Ensem kan pakwe saya. :) Muah muah muah adikku sayang.


p/s : gambar sehari sebelum tragedi hospital berlaku. i was very happy that i ate a lot! haha.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Vs Hospital.

Bila dan ketika ramai - ramai sibuk untuk menunaikan solat terawih malam pertama Ramadhan, aku di masukkan ke hospital. Yes! Memang best sambut puasa kat hospital.

Apa jadi?

Sakit perut yang melampau. Sakit yang macam perut kau kena tarik sampai kau tak boleh berdiri langsung. Sakit yang sampai kau menangis tak henti. Sakit weh. Sumpah.

Aku baru balik Ahad tu dari Johor. Aku ingat sakit perut cirit birit. Tapi dalam pada nak sampai umah tu, perut macam kene hiris dengan pisau. Dah lah dalam kereta . Nak guling2 pon takleh.

Sampai rumah, apa pun takleh. Haha. Terus bergegas p klinik dan akhirnya doctor suruh refer ke hospital. Suspect appendiks katanya.

Dan akhirnya , saya di tahan di wad untuk 2 malam. Mula - mula tu doktor kata macam bukan appendiks, lepas tu ye plak. Pening dah aku. Tapi yang pasti, sakit tu makin berkurangan. Yang menjadi susah untuk doktor untuk melepaskan aku balik is that dorang pon tak sure aku sakit apa. Pelik kan. Sebab simptom2 yang ada suma bercampur2. Ada simptom food poisoning, appendiks and gastrik.

Mula- mula doktor suruh puasa, then bukak plak. Puasa balik. Pening. Tapi kes aku, aku takleh makan. Kalau makan , mkin sakit. Pelik lagi. Tah.

Last - last tadi petang, doktor cek, pon tak dapat nak detect lagi. Doctor pun tanya, "Adik, nak balik tak?" Gila ke nak cakap taknak . Nak lah. Bosan lah duduk hospital. Ibu tak teman pun. Sebab aku tanak ibu teman. Sian la adik2 nak buka sahur suma kalau ibu takde kat umah. Aku takpe. Nurse ramai, doktor pon ramai yang ensem2. Eh?? Haha. So I was very lonely. Tidur pon sorang - sorang. Sedih kan? Budak - budak katil sebelah sume ibu teman. Aku je konon independent. Haha!

Kesimpulannya, sampai sekarang aku sendiri tatau apa sakit aku. Sebab perut ni still sakit. Tapi tak sesakit yang first day lah. Tapi still tarik tarik. Ya Allah. Besarnya dugaanMu di bulan Ramadhan nih. Hopefully, aku dapat bertahan untuk puasa sok. Amin.

Aku sakit bukan sebab aku berdiet. Sebab aku tak diet pun. HAHA. Konon je nak diet. Sebab kuat makan pedas kot.

I would like to say tq to all the doctors and nurses yang jaga saya. Tqvm.

Tq to family yang sentiasa mendoakan kesihtan saya. Pakcik makcik, sepupu sepapat dan semuanya! Tq

Tq kepada yang concern. Amik tau pasal kesihatan saya. Tq korg.

Special thanks to Kak Yati. Ayai . dan Hatim yang sudi datang lawat,.

p/s : ada doktor ensem. aww. haha

Saturday, July 9, 2011

Rindu dan sakit.

Nak cerita pasal Bersih? Nanti - nanti lah. Aku penat. Sangat penat pasal itu dan ini. Berargue dengan rmai orang. Penat.

9 Julai ni selain Bersih, ada banyak lagi benda yang jadi dalam hidup aku. Harini adik aku , Zahir, daftar kat UNISEL. Tapi tak dapat ikot. Sebab? Tak terbangun pagi tadi. Malamnya tu tak tdo. Sebab? Tayah tau.

Sekarang ni aku rindu sangat kat adik. :( sangat. Walaupun tak rapat dengan dia, tapi rindu yang ada still banyak gila. Dah lah aku ta terjaga masa dia na kluar tu. Sian dia. Selalunya, waktu - waktu ni dia ada at bawah tengok tv. Dah biasa dia kat umah kan. Dah besar dah adik.

Along rindu adik! Muah muah. Iloveyou, dik. Blaja elok2. I know u can do it. Jyeah.!~

Ya Allah. Aku mohon Kau kurangkan lah sedikit rasa kesakitan ni Ya Rabb. Aminn.
Satu badan sakit lepas perut sakit. Punca perut sakit tau lah. Badan? taktau. Harap2 takde apa2.

Monday, July 4, 2011

Aku Pencinta Sajak.

Rasanya dalam blog ni dah banyak kali aku tulis pasal Zahiril Adzim. Macam mana aku mengagumi dia bukan kerana dia seorang pelakon yang biasa, atau kerana hensemnya dia. Tapi kerana tajamnya penulisannya dan hebatnya daya pemikirannya. Tahniah diucapkan untuk ZA. Dengar katanya buku Bogel Menuju Tuhan laris di pasaran. Pada awalnya, 1000 naskhah diterbitkan untuk keluaran pertama. Tapi nak ditambah. Tahniah! Aku dah cakap dia penulis yang hebat!

Ok. Sekarang aku cerita - cerita pasal penulisan jugak ah. Ada la beberapa orang kawan yang pandai menulis sajak - sajak dan catatan - catatan. Dalam erti kata lain, mereka ni ada soul lah. Nak share kat sini sikit.

SAHABAT by Jazz Jalal

bukan hanya gelak tawa, bersama. sedih pilu juga. lama. lama sudah hati tidak dipenuhi gembira. bukan nya lalu bermakna hati sedih. hanya kurang gembira nya. bersama meluang masa. sahabat hidup dimana-mana. sahabat mati perlu dicari.

BINTANG by Jazz Jalal

oh kau terang. sinari gelap malamku. aku sendiri. sendiri lagi. menjamu penglihatan, melihat sesuatu yang mempersona. oh kau mempersona. mengubati hati yang luka. mungkin Dia ciptakan kau khusus untuk insan seperti aku. yg mendambakan ketenangan. oh aku tenang, tenang kerana kau. terima kasih tuhan.

courtesy to JAZZ JALAL. Soul. :) Keep on writing Jazz. Saya suka anda punya sajak! These two are my favs. Actually, semua pon suka.

ANGAN by Hatim Roslan.

Sudahlah
Susunan tidak diterima
Hamburan hanya seketika
Pejam kataku
Hilang bentakku

Besi disusun menjadi kayu
Dihentak patah lalu layu
Meleleh masuk ke setiap inci r0ngga

Tertutup siap !
Rapat !
Hingga tiada daya aku bgerak
Aku kaku !
Aku kaku dengan lelehan itu.

HILANGLAH KAU HILANGLAH by Hatim Roslan.

Coretkan semuanya diatas tulisan
Lukiskan semuanya dalam pemikiran
Hembuslah .
Dan biarkan ia diawang awangan
Ia terbang , terapung dan hilang dari pandangan .

Susun!

Jgnlah mengganggu!
Aku tidak mahu engkau!

Atur rapat-rapat!

Agar semuanya kelihatan kemas .
Biarkan aku tercampak dalam ruangan idaman aku .

Sudah puas hati ?

Senyumlah!
Indah bukan?

courtesy to HATIM ROSLAN. Keep on writing. Your thoughts are always diff from what normal people will think. Luahkannya melalui penulisan. :)

Memandangkan aku ni seorang pelajar bahasa dan kesusasteraan , aku lebih cenderung menganalisis karya - karya yang sedia ada daripada berkarya sendri. Aku tak sehebat dorang ni. Baca dan telaah sajak2 dorang , boleh lah.

Motif entri ni? Saya bangga ada rakan seperti anda berdua. Serius taktipu!. Teruskan menulis. Akan terus memberikan sokongan!

p/s : Jazz Jalal and Hatim Roslan. Nama je pon dah komersial. Boleh lah terbit buku plak. Haha. :)

Monday, June 27, 2011

Untukmu

Inginku luah segala jenis perasaan,
Inginku teriak tanpa ku mahu ada yang mendengar,
Inginku menangis tanpa menitis air mata,
Inginku ketawa tanpa ada yang suka .

Segala apa yang kau suka,
Segala apa yang ku rasa,
Semuanya adalah segala-galanya,

Aku bisa jerit pada dunia bahawa aku cinta kamu,
Aku bisa terbang kepadamu semata mahu ucap selamat tidur kepadamu,
Aku bisa ucap semua kata cintaku ke telingamu,

Aku bisa buat semuanya untukmu
Karna hanya kau yang ku mahu jadi isteriku.

Setiap perasaan yang terluah,
Setiap perkataan yang tertulis,
Setiap kata yang terucap,
Tahukah kamu yang aku amat mencintaimu .


p/s : ini sajak yang dia buat untuk aku. Aww. Jiwang ke romantik ni? Aku kategorikan sebagai sweet! Terima kasih! :)

365 hari.

Aku tau orang berkata,
Semuanya.
Aku tau orang persoalkan,
Kenapa?
Aku tau orang takkan terima,
Aku dan dia.

Aku pening.
Aku buntu.
Bila otak mula berfikir,
Jalan mati yang aku temui.
Setiap kali!
Apa aku harus fikir tentang apa yang mereka katakan?
Apa aku harus pening - pening tentang apa yang mereka persoalkan?
Apa aku harus kisah tentang penerimaan mereka?
Otak aku jawab harus!
Hati aku kata ah persetankan!
Tapi kalau ikut hati kan mati?
Arghhhhhhhhhh,
Semak.
Betul - betul serabut.

Oh, itu cerita 365 hari yang lalu.
Sebelum aku memutuskan,
Apa yang memerlukan keputusan.

Aku ikut hati.
Syukur, aku tak mati.
Aku tak kisahkan persepsi orang,
Aku pergi mampuskan kata - kata mereka,
Aku yang nak happy,
Bukan korang.

Bila mana aku tanya dia,
"Nak tak jadi BF orang?"
Aku nekad.
Sungguh!
Apa orang nak kata, katalah.
Biarlah seribu satu yang halang,
Biarlah dia tu siapa kepada sesiapa pun,
Aku betul - betul nekad.
Aku nak dia.
Nekadnya aku.
Harapnya aku
Bahawa memang aku pelengkap rusuk kiri dia,
Kerana aku tak sanggup rasa sakit putus cinta kali kedua.

Amin Ya Rabb.


Genap 28 Jun hari ni. Genaplah setahun aku ber in a relationship dengan dia. Jujurnya, ini relationship aku yang paling lama. Dan aku harap inilah yang bawa aku ke jinjang pelamin nanti. Setiap kali solat, itu lah doa aku. Kalau betul dia jodoh aku.

Cerita bermula setahun yang lalu. Semua berlaku tak dipinta. Datang tiba - tiba. Betul! Aku tak minta untuk ada pengganti kepada yang lama sepantas tu. Dan aku tak rasa aku akan terbukak hati untuk ber in relationship. Tapi entah kenapa, bila dia menyatakan sukanya dia pada aku, aku jadi semacam suka pulak. Suka . Betul - betul suka. Aku kira kagum dengan dia. Sebab dalam keadaan aku yang kacau bilau jiwa kacau tu, dia boleh buat aku suka kat dia. Tapi waktu tu aku sangsi dengan perasaan aku sendiri. Aku takut terbawak - bawak dengan perasaan lonely aku pada waktu yang membolehkan aku suka dia. Jadi, setiap kali dia mintak aku untuk jadi GF dia, aku tolak. Atas alasan belum bersedia.

Tapi kami still berhubungan seperti biasa sampai lah waktu dan ketikanya aku rasa aku tak nak hilang dia. Aku dapat rasa sayang dia kat aku. Banyak. Jujurnya, tak pernah aku rasa orang sayang aku sedalam tu. Jadi, aku buat keputusan untuk bersama.

Sekarang dah setahun.

Pada aku, dia yang berjaya dalam relationship ni. Sebab dia yang banyak mengalah, dia yang banyak memujuk, dia yang kurang marah, dia yang suka jernihkan keadaan. Kalau ikut aku, selagi boleh gaduh, selagi tu lah nak gaduh. Haha. Dan dia terima apa adanya aku. Aku percaya, kalau sekali pun aku kentut depan dia, dia takkan kisah. ! Sebab? Dia selalu je buat kerja2 macam tu dan aku tak kisah sangat. Kisah sikit je. Haha.

Dah setahun ni, aku rasa aku makin sayang relationship ni. Aku dan dia betul - betul serius. Bukan masa untuk main - main. Come on. Umur dah 21. Aku tanak ada BF sebab nak ada BF. Aku nak yang bakal jadi suami. Amin. Doa aku setiap kali.

Apa yang best nya dia?? Takde apa yang best! Haha. :)

Banyak bestnya dia. Sayang dia kat aku banyak weh. Aku rasa. Dia banyak ngalah. Dia tak banyak marah. Dia baik. Betul. Dia baik. Dia matang. Dia pandai fikir yang matang - matang. Dia sentiasa ada tiap kali aku susah. Suara dia sedap (sekali ni je aku puji kau!) . Banyak lagi lah. :)

To awak,

Happy 1st year anny! Thank you for everything. I know how much u sacrifice for our relationship. Thank u so much. Awak tahan dengan orang. Awak terima orang apa adanya. Awak tak kisah dengan orang yang rebel ni. Orang salute awak. Sebab dengan awak je sorang je yang orang jadi rebel ni. Dengan yang lain , tak pernah. Tapi awak lah yang paling lama dengan orang. Kira kata kalau orang jadi orang yang lembut cam dulu, senang sangat awak nak jaga ye dak? Hehe. Terima kasih terima orang gemuk atau kurus. Heee. Terima kasih sebab nama orang ada dalam setiap doa awak. Orang pun macam tu! :) Sorry if ada yang terkasar, ada yang awak tak suka orang buat, orang buat jugak lagi.

Orang sayang awak. Sangat - sangat. Orang selalu doakan untuk hubungan kita. InsyaAllah. Panjang jodoh kita awak. Orang dengan awak bukan untuk main - main. Orang tak nak buang masa setahun ni sia - sia je. Kita usaha sama - sama ye agar betul - betul awak untuk orang dan orang untuk awak. Amiin.

Happy Anny! :)

ps: yang atas tu konon - konon coretan buat si dia. bajet ZA. tapi boleh lah drp takde langsung.

Sunday, June 26, 2011

apa tah.

Minggu lepas aku publish post banyak kot. JK. Jiwa kacau. Macam tu lah. Minggu ni tak jiwa kacau dah. Wa chill je.

Oh. Buat yang nak tahu apa yang sebenarnya jadi dekat post aku sebelum ni, biasalah. Bergaduh sikit - sikit. Tak bergaduh kang bosan sangat weh. Jadi kami memutuskan untuk bergaduh. Cara.

Sekarang ni aku berada di rumah. Bersiap sedia untuk exam katanya. Padahal. Buku pon kat UIA tu ha. Exam will be on 29th June at 9am. Tapi rasanya aku balik UIA sok lah kot. Sebab sok malam ada meeting yet again. Haih. I thought they said the previous meeting was the last one. Im tired man! Haih. Tapi tanggungjawab kan. Pergi je lahh.

Minggu depan minggu terakhir kami berada di UIA sebelum balik ke kampung halaman masing - masing. Kampung lah sangat kan. Aku akan merindui UIA sebab dari UIA senang nak keluar. Ada bas nak pergi ke terminal Putra. Kalau dari rumah, payah! Nak kena naik cab. Gila. Sekali keluar rm10 pergi sahaja. Memang cari pasal. Tapi kalau hati memberontak nak keluar tu, keluar jugak. Sebab tu lah aku jarang nak keluar sebenarnya. Sebab susah nak ada public transport kat sini. Bila lah nak ada kereta ? *Drive pon takut. Cheh.

Aku banyak makan sekarang ni. Dan aku rasa gemuk sekarang. Haih. Diet. Sok puasa sunat Rejab jom.

motif post caca marba?

Thursday, June 23, 2011

Bila Aku Tidur.

Bila aku dah tidur, tolong jangan kacau. Macam kau tanak orang kacau tidur kau. Sama lah macam aku.

Tak kira lah besar mana pon nak kena bincang perkara berbangkit kau tu, perkara yang kau tak puas hati tu, aku perlukan tidur aku. Kalau soknya tu aku takde apa - apa, aku tak kesah. Sok aku keja. Kau tau. Bukan taktau! Kau pon tau aku susah nak tidur. Kau tau. Tapi sebab rasa tak puas hati yang membuak - buak tu , kau main langgar je.

Bila kau tgh tidur, orang kejut kau tiba - tiba dan terus bebel - bebel, apa tah kau rasa? Aku rasa macam nak menjerit kuat - kuat cakap kat kau yang AKU TENGAH TIDURLAH!!!

Dan terima kasih jugak pada kau. Aku terjaga lagi sampai sekarang. 0430. Esok memang aku takde apa - apa nak buat, boleh tidur sepanjang hari.

Terima kasih!!!!

Kalau kata sok aku tak carik kau langsung, tolong faham aku.