Followers

Saturday, July 9, 2011

Rindu dan sakit.

Nak cerita pasal Bersih? Nanti - nanti lah. Aku penat. Sangat penat pasal itu dan ini. Berargue dengan rmai orang. Penat.

9 Julai ni selain Bersih, ada banyak lagi benda yang jadi dalam hidup aku. Harini adik aku , Zahir, daftar kat UNISEL. Tapi tak dapat ikot. Sebab? Tak terbangun pagi tadi. Malamnya tu tak tdo. Sebab? Tayah tau.

Sekarang ni aku rindu sangat kat adik. :( sangat. Walaupun tak rapat dengan dia, tapi rindu yang ada still banyak gila. Dah lah aku ta terjaga masa dia na kluar tu. Sian dia. Selalunya, waktu - waktu ni dia ada at bawah tengok tv. Dah biasa dia kat umah kan. Dah besar dah adik.

Along rindu adik! Muah muah. Iloveyou, dik. Blaja elok2. I know u can do it. Jyeah.!~

Ya Allah. Aku mohon Kau kurangkan lah sedikit rasa kesakitan ni Ya Rabb. Aminn.
Satu badan sakit lepas perut sakit. Punca perut sakit tau lah. Badan? taktau. Harap2 takde apa2.

Monday, July 4, 2011

Aku Pencinta Sajak.

Rasanya dalam blog ni dah banyak kali aku tulis pasal Zahiril Adzim. Macam mana aku mengagumi dia bukan kerana dia seorang pelakon yang biasa, atau kerana hensemnya dia. Tapi kerana tajamnya penulisannya dan hebatnya daya pemikirannya. Tahniah diucapkan untuk ZA. Dengar katanya buku Bogel Menuju Tuhan laris di pasaran. Pada awalnya, 1000 naskhah diterbitkan untuk keluaran pertama. Tapi nak ditambah. Tahniah! Aku dah cakap dia penulis yang hebat!

Ok. Sekarang aku cerita - cerita pasal penulisan jugak ah. Ada la beberapa orang kawan yang pandai menulis sajak - sajak dan catatan - catatan. Dalam erti kata lain, mereka ni ada soul lah. Nak share kat sini sikit.

SAHABAT by Jazz Jalal

bukan hanya gelak tawa, bersama. sedih pilu juga. lama. lama sudah hati tidak dipenuhi gembira. bukan nya lalu bermakna hati sedih. hanya kurang gembira nya. bersama meluang masa. sahabat hidup dimana-mana. sahabat mati perlu dicari.

BINTANG by Jazz Jalal

oh kau terang. sinari gelap malamku. aku sendiri. sendiri lagi. menjamu penglihatan, melihat sesuatu yang mempersona. oh kau mempersona. mengubati hati yang luka. mungkin Dia ciptakan kau khusus untuk insan seperti aku. yg mendambakan ketenangan. oh aku tenang, tenang kerana kau. terima kasih tuhan.

courtesy to JAZZ JALAL. Soul. :) Keep on writing Jazz. Saya suka anda punya sajak! These two are my favs. Actually, semua pon suka.

ANGAN by Hatim Roslan.

Sudahlah
Susunan tidak diterima
Hamburan hanya seketika
Pejam kataku
Hilang bentakku

Besi disusun menjadi kayu
Dihentak patah lalu layu
Meleleh masuk ke setiap inci r0ngga

Tertutup siap !
Rapat !
Hingga tiada daya aku bgerak
Aku kaku !
Aku kaku dengan lelehan itu.

HILANGLAH KAU HILANGLAH by Hatim Roslan.

Coretkan semuanya diatas tulisan
Lukiskan semuanya dalam pemikiran
Hembuslah .
Dan biarkan ia diawang awangan
Ia terbang , terapung dan hilang dari pandangan .

Susun!

Jgnlah mengganggu!
Aku tidak mahu engkau!

Atur rapat-rapat!

Agar semuanya kelihatan kemas .
Biarkan aku tercampak dalam ruangan idaman aku .

Sudah puas hati ?

Senyumlah!
Indah bukan?

courtesy to HATIM ROSLAN. Keep on writing. Your thoughts are always diff from what normal people will think. Luahkannya melalui penulisan. :)

Memandangkan aku ni seorang pelajar bahasa dan kesusasteraan , aku lebih cenderung menganalisis karya - karya yang sedia ada daripada berkarya sendri. Aku tak sehebat dorang ni. Baca dan telaah sajak2 dorang , boleh lah.

Motif entri ni? Saya bangga ada rakan seperti anda berdua. Serius taktipu!. Teruskan menulis. Akan terus memberikan sokongan!

p/s : Jazz Jalal and Hatim Roslan. Nama je pon dah komersial. Boleh lah terbit buku plak. Haha. :)

Monday, June 27, 2011

Untukmu

Inginku luah segala jenis perasaan,
Inginku teriak tanpa ku mahu ada yang mendengar,
Inginku menangis tanpa menitis air mata,
Inginku ketawa tanpa ada yang suka .

Segala apa yang kau suka,
Segala apa yang ku rasa,
Semuanya adalah segala-galanya,

Aku bisa jerit pada dunia bahawa aku cinta kamu,
Aku bisa terbang kepadamu semata mahu ucap selamat tidur kepadamu,
Aku bisa ucap semua kata cintaku ke telingamu,

Aku bisa buat semuanya untukmu
Karna hanya kau yang ku mahu jadi isteriku.

Setiap perasaan yang terluah,
Setiap perkataan yang tertulis,
Setiap kata yang terucap,
Tahukah kamu yang aku amat mencintaimu .


p/s : ini sajak yang dia buat untuk aku. Aww. Jiwang ke romantik ni? Aku kategorikan sebagai sweet! Terima kasih! :)

365 hari.

Aku tau orang berkata,
Semuanya.
Aku tau orang persoalkan,
Kenapa?
Aku tau orang takkan terima,
Aku dan dia.

Aku pening.
Aku buntu.
Bila otak mula berfikir,
Jalan mati yang aku temui.
Setiap kali!
Apa aku harus fikir tentang apa yang mereka katakan?
Apa aku harus pening - pening tentang apa yang mereka persoalkan?
Apa aku harus kisah tentang penerimaan mereka?
Otak aku jawab harus!
Hati aku kata ah persetankan!
Tapi kalau ikut hati kan mati?
Arghhhhhhhhhh,
Semak.
Betul - betul serabut.

Oh, itu cerita 365 hari yang lalu.
Sebelum aku memutuskan,
Apa yang memerlukan keputusan.

Aku ikut hati.
Syukur, aku tak mati.
Aku tak kisahkan persepsi orang,
Aku pergi mampuskan kata - kata mereka,
Aku yang nak happy,
Bukan korang.

Bila mana aku tanya dia,
"Nak tak jadi BF orang?"
Aku nekad.
Sungguh!
Apa orang nak kata, katalah.
Biarlah seribu satu yang halang,
Biarlah dia tu siapa kepada sesiapa pun,
Aku betul - betul nekad.
Aku nak dia.
Nekadnya aku.
Harapnya aku
Bahawa memang aku pelengkap rusuk kiri dia,
Kerana aku tak sanggup rasa sakit putus cinta kali kedua.

Amin Ya Rabb.


Genap 28 Jun hari ni. Genaplah setahun aku ber in a relationship dengan dia. Jujurnya, ini relationship aku yang paling lama. Dan aku harap inilah yang bawa aku ke jinjang pelamin nanti. Setiap kali solat, itu lah doa aku. Kalau betul dia jodoh aku.

Cerita bermula setahun yang lalu. Semua berlaku tak dipinta. Datang tiba - tiba. Betul! Aku tak minta untuk ada pengganti kepada yang lama sepantas tu. Dan aku tak rasa aku akan terbukak hati untuk ber in relationship. Tapi entah kenapa, bila dia menyatakan sukanya dia pada aku, aku jadi semacam suka pulak. Suka . Betul - betul suka. Aku kira kagum dengan dia. Sebab dalam keadaan aku yang kacau bilau jiwa kacau tu, dia boleh buat aku suka kat dia. Tapi waktu tu aku sangsi dengan perasaan aku sendiri. Aku takut terbawak - bawak dengan perasaan lonely aku pada waktu yang membolehkan aku suka dia. Jadi, setiap kali dia mintak aku untuk jadi GF dia, aku tolak. Atas alasan belum bersedia.

Tapi kami still berhubungan seperti biasa sampai lah waktu dan ketikanya aku rasa aku tak nak hilang dia. Aku dapat rasa sayang dia kat aku. Banyak. Jujurnya, tak pernah aku rasa orang sayang aku sedalam tu. Jadi, aku buat keputusan untuk bersama.

Sekarang dah setahun.

Pada aku, dia yang berjaya dalam relationship ni. Sebab dia yang banyak mengalah, dia yang banyak memujuk, dia yang kurang marah, dia yang suka jernihkan keadaan. Kalau ikut aku, selagi boleh gaduh, selagi tu lah nak gaduh. Haha. Dan dia terima apa adanya aku. Aku percaya, kalau sekali pun aku kentut depan dia, dia takkan kisah. ! Sebab? Dia selalu je buat kerja2 macam tu dan aku tak kisah sangat. Kisah sikit je. Haha.

Dah setahun ni, aku rasa aku makin sayang relationship ni. Aku dan dia betul - betul serius. Bukan masa untuk main - main. Come on. Umur dah 21. Aku tanak ada BF sebab nak ada BF. Aku nak yang bakal jadi suami. Amin. Doa aku setiap kali.

Apa yang best nya dia?? Takde apa yang best! Haha. :)

Banyak bestnya dia. Sayang dia kat aku banyak weh. Aku rasa. Dia banyak ngalah. Dia tak banyak marah. Dia baik. Betul. Dia baik. Dia matang. Dia pandai fikir yang matang - matang. Dia sentiasa ada tiap kali aku susah. Suara dia sedap (sekali ni je aku puji kau!) . Banyak lagi lah. :)

To awak,

Happy 1st year anny! Thank you for everything. I know how much u sacrifice for our relationship. Thank u so much. Awak tahan dengan orang. Awak terima orang apa adanya. Awak tak kisah dengan orang yang rebel ni. Orang salute awak. Sebab dengan awak je sorang je yang orang jadi rebel ni. Dengan yang lain , tak pernah. Tapi awak lah yang paling lama dengan orang. Kira kata kalau orang jadi orang yang lembut cam dulu, senang sangat awak nak jaga ye dak? Hehe. Terima kasih terima orang gemuk atau kurus. Heee. Terima kasih sebab nama orang ada dalam setiap doa awak. Orang pun macam tu! :) Sorry if ada yang terkasar, ada yang awak tak suka orang buat, orang buat jugak lagi.

Orang sayang awak. Sangat - sangat. Orang selalu doakan untuk hubungan kita. InsyaAllah. Panjang jodoh kita awak. Orang dengan awak bukan untuk main - main. Orang tak nak buang masa setahun ni sia - sia je. Kita usaha sama - sama ye agar betul - betul awak untuk orang dan orang untuk awak. Amiin.

Happy Anny! :)

ps: yang atas tu konon - konon coretan buat si dia. bajet ZA. tapi boleh lah drp takde langsung.

Sunday, June 26, 2011

apa tah.

Minggu lepas aku publish post banyak kot. JK. Jiwa kacau. Macam tu lah. Minggu ni tak jiwa kacau dah. Wa chill je.

Oh. Buat yang nak tahu apa yang sebenarnya jadi dekat post aku sebelum ni, biasalah. Bergaduh sikit - sikit. Tak bergaduh kang bosan sangat weh. Jadi kami memutuskan untuk bergaduh. Cara.

Sekarang ni aku berada di rumah. Bersiap sedia untuk exam katanya. Padahal. Buku pon kat UIA tu ha. Exam will be on 29th June at 9am. Tapi rasanya aku balik UIA sok lah kot. Sebab sok malam ada meeting yet again. Haih. I thought they said the previous meeting was the last one. Im tired man! Haih. Tapi tanggungjawab kan. Pergi je lahh.

Minggu depan minggu terakhir kami berada di UIA sebelum balik ke kampung halaman masing - masing. Kampung lah sangat kan. Aku akan merindui UIA sebab dari UIA senang nak keluar. Ada bas nak pergi ke terminal Putra. Kalau dari rumah, payah! Nak kena naik cab. Gila. Sekali keluar rm10 pergi sahaja. Memang cari pasal. Tapi kalau hati memberontak nak keluar tu, keluar jugak. Sebab tu lah aku jarang nak keluar sebenarnya. Sebab susah nak ada public transport kat sini. Bila lah nak ada kereta ? *Drive pon takut. Cheh.

Aku banyak makan sekarang ni. Dan aku rasa gemuk sekarang. Haih. Diet. Sok puasa sunat Rejab jom.

motif post caca marba?

Thursday, June 23, 2011

Bila Aku Tidur.

Bila aku dah tidur, tolong jangan kacau. Macam kau tanak orang kacau tidur kau. Sama lah macam aku.

Tak kira lah besar mana pon nak kena bincang perkara berbangkit kau tu, perkara yang kau tak puas hati tu, aku perlukan tidur aku. Kalau soknya tu aku takde apa - apa, aku tak kesah. Sok aku keja. Kau tau. Bukan taktau! Kau pon tau aku susah nak tidur. Kau tau. Tapi sebab rasa tak puas hati yang membuak - buak tu , kau main langgar je.

Bila kau tgh tidur, orang kejut kau tiba - tiba dan terus bebel - bebel, apa tah kau rasa? Aku rasa macam nak menjerit kuat - kuat cakap kat kau yang AKU TENGAH TIDURLAH!!!

Dan terima kasih jugak pada kau. Aku terjaga lagi sampai sekarang. 0430. Esok memang aku takde apa - apa nak buat, boleh tidur sepanjang hari.

Terima kasih!!!!

Kalau kata sok aku tak carik kau langsung, tolong faham aku.

Bahasa Melayu Kerjaya Section 16


syahila, salwan.syuhada, ainee, alia, farissa, farah, emma, rafikah. hmm. sorry! ada dua - tiga orang yang tak ingat nama!

Berakhirlah sudah kelas sem ni. Seperti yang korang tahu, aku amek BM je pun sem ni. And kelas pun takde gang. Tapi kelas ni best. Sebab cikgu yang best. Cikgu Roslimna! :) Aku enjoy gila belajar BM dengan cikgu. :) Terima kasih cikgu!. Doakan kami! :) Love you cikgu dan kawan - kawan yang lain. :)






fazli, syafiq yang kelakar, azim, kasyah, izzuddin.

Good luck untuk kawan - kawan semua.! :)