Followers

Saturday, February 26, 2011

Ovarian Cyst.

An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.

Most ovarian cysts are functional in nature, and harmless . In the US, ovarian cysts are found in nearly all premenopausal women, and in up to 14.8% of postmenopausal women.

Ovarian cysts affect women of all ages. They occur most often, however, during a woman's childbearing years.

Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter.


Some or all of the following symptoms may be present, though it is possible not to experience any symptoms:

  • Dull aching, or severe, sudden, and sharp pain or discomfort in the lower abdomen (one or both sides), pelvis, vagina, lower back, or thighs; pain may be constant or intermittent—this is the most common symptom
  • Fullness, heaviness, pressure, swelling, or bloating in the abdomen
  • Breast tenderness
  • Pain during or shortly after beginning or end of menstrual period.
  • Irregular periods, or abnormal uterine bleeding or spotting
  • Change in frequency or ease of urination (such as inability to fully empty the bladder), or difficulty with bowel movements due to pressure on adjacent pelvic anatomy
  • Weight gain
  • Nausea or vomiting
  • Fatigue
  • Infertility
  • Increased level of hair growth
  • Increased facial hair or body hair
  • Headaches
  • Strange pains in ribs, which feel muscular
  • Bloating
  • Strange nodules that feel like bruises under the layer of skin

*credit to Wikipedia.

I was diagnosed to have this like 2 years ago. And the doctor said it cant be operated just yet cause it is too small. Now, in 2 years time i wonder how big it is now. Coz my stomach is aching like heck man. :(( Sometimes I just cannot stand nor sit. Nah. Dugaan yang Allah bagi. Takpe lahh. Redha saja. :)

Nahh. Kepada semua perempuan2 di luar sana , kalau ada senggugut tuh, jgn igt senggugut biasa ah. Kalau teruk sgt, p lahh check. :)))

ajin yang dulunya comel.

Nah. Apabila gambar lama dibongkar. Ha. saya rindu adik saya yang comel dulu. Sekarang dah tak. Ahmad Zayn Adzdzin. comel gile. Gemuk. Putih. Nahh. Menjadi kegilaan ramai. Tapi sekarang pun ramai je yang bg surat chenta. Hebat. hahaha. Tengok lahh gmbr comel and tak bape nak comel dia. Hahaha.




nahh. dah cakap kan. comel nih. yang tengah tuh dia ah. gemuk gila. rindu!


Nahh. Ni dia sekarang nih. kurus. hitam. hahaha. dah tak ensem. yang penting kaki surau. Alhamdulillah. :)

P/s : gmbr aku dgn dia memang tak banyak. sebab...?? Dia tak suka aku yang suka sakat dia. hahaha. Along sayang sama azin nih. Muah muah muah!

Friday, February 25, 2011

Fragile itu rapuh.

Fragile can be interpreted in many ways. Fragile yang emo tuh dah selalu orang dengar. Apa yang aku nak cakap is about fragile, rapuh yang senang mengikut orang. Maksudnya senang terpengaruh.

Keadaan sekeliling sentiasa mempengaruhi keadaan kita atau lebih tepat , aku. Aku senang terpengaruh. Baik buruk mahupun yang baik - baik. Yang tak sedap didengar tuh ialah yang buruk tu lahh. Aku sedar. Aku berubah. Mengikut kehendak orang. Walhal orang tak berkehendak pon. Sendiri yang terikut.

Aku nak jadi aku yang dulu balik. Yang bukan penuh dengan kebencian. Yang chill - chill saja.
adios amigos!~

Broga Hill part II.

Jyeah!!! Akhirnya! Satu post untuk broga. Pada tanggal 20 hb Februari itu, sekali lagi saya telah berjaya menjejakkan diri ke Broga Hill. Woot woot! Sekali lagi membawa maksud saya penah naik Broga. Akan tetapi episod 1 saya tak berapa nak menjadi kerana kepancitan yang amat sangat. Jadi untuk episod dua ini..... (bacalah)

Kami tak plan nak tengok sunrise or sunset. kami pergi untuk mendaki dan kami start mendaki pada jam 9 pagi. And syukur sangat bahawasaya pada hari itu, mahatari tak terik. Sedang elok saja cuacanya. Pada mulanya, aku ingat aku akan pancit seperti sebelumnya. Separuh mati wa cakap lu. Tapi. Ye. Mark TAPI tu ye. tetapi aku mendaki tanpa sekelumit rasa pancit pon! bangga seh!. HAHA. And nak buat lagi bangga, aku naik sampai second peak wehh! pencapaian yang harus dibanggakan! jyeah. Ok, Malas nak bebel, Lets the pics tell the stories.!






Nahhh! Bahagia takk muka.? I love Broga. And will come here AGAIN!


my first teguk of air. hebat kann??

i love this panorama of mine! weeeehee,!

Bukti aku dah sampai second peak! jyeah!

di sebalik lalang. aku rasa romantik. *tiba2

Nahh! Berlatarkan Bandar Kajang!
*Background music : Kenangan manis kau dan aku (sambil pandang2 akmar dan gelak pastu kena jeling dgn kema. hahahha)



this is my love.! the four of us! yihiii.


nahh! kau ada???! Tiada kan. aku ada nih. Haa.. kalau rajin bukak lahh post lalu tentang Broga. perhatikan perbezaannya . HAHAHA! Anyhow, aku nak mendaki sampai ke betul - betul puncak! Jyeahhh!.

p/s : sebelum naik, banyak2 berdoa. selawat . agar dijauhkan bnde2 tak baik. and jage perlakuan. sekian.

Broga! Wait for me! And tokwan too. JYEAH! *tangah ke dalam mata ke atas gigi ke depan hidung kasi kembang!

Monday, February 21, 2011

I Love Broga Hill

Nak update pasal Broga. Tapi gambar tak dapat di upload. So next post people! :)

TQ.

Saturday, February 12, 2011

Aku Tahu.

Kekadang aku tau kau terluka.
Kekadang aku sedar aku melebihi had.
Kekadang aku rasa apa yang kau rasa.
Dan kekadang aku tau kau banyak bertahan.

Dalam hubungan kita ni, aku tau kau terlalu banyak mengalah. Aku tau. Aku tau aku tak pernah sekali pun mengalah. Tanpa ada sebab kukuh. Mungkin melihat kau begitu menyayangi aku. Aku ambil mudah. Kononnya , "Ah! Kau takkan tinggalkan aku!". Riaknya hati aku berbicara. Tapi saat itu juga aku sedar, sampai bila?

Sampai bila harus aku teruskan jenis permainan yang macam ini? Sampai bila harus aku biarkan dirinya terluka, ? Aku tau dalam pada kau berkata kau bahagia, ada sekelumit rasa tidak senang tu. Aku tau sayang.

Apa yang pasti, aku tak mahu meneruskan permainan semacam ini! Aku harus berhenti. Demi untuk kebahagiaan kami berdua. Kau sabar ya. Aku cuba. Aku cuba untuk tidak memapulasikan keadaan. Aku cuba untuk tidak menyebabkan kau bersedih lagi. Aku akan! Tiada lagi alasan paranoid. Kerna kau buat aku sedar yang bukan semua lelaki, lelaki durjana. Kau antara contohnya. Terima kasih!

Bukan semua lelaki durjana. Jangan disebabkan segelintir pihak, kita menghukum semua lelaki. Biar cinta datang kepada kita. :)

Wednesday, February 2, 2011

epaloca, SA dan ZA.

Ya. Aku dah tiada benda nak dicerita. Tiada pandangan nak di nyatakan. Hanyalah sesuatu yang nak dikongsikan.

Currently, ada 3 orang orang seni yang aku minat. Minat ya. Bukan taksub.


Nadiawati Ainul Basir
Ain Af8


Aku minat dia sebab dia pandai nyanyi dan pandai compose lagu. Entertainer. Itu lahh sebenarnya. She is great at plucking guitar. Superb! Sejak Af dalam aku minat. Suci Dalam Debu. Luka dilukai. Penanggung Sepi. Lagu - lagu yang pernah dinyanyikan dia. dan menjadi lagu wajib karok aku. weeeeeeeeeee. :)


Shera Aiyob
Shera Aiyob ni aku minat dah lama dah. Since dia baru putus dgn Kamal Adli. Sebab?? Dia nampak sweet saje. Sweet ah. Serious suka!~



Zahiril Adzim

Dia ni pulak aku minat since dia berlakon jadi Merah. Sebelum tu, dia ada berlakon dalam KAMI. Tapi disebabkan aku tak tengok KAMI, so aku kenal dia thru Merah Putih. Sebab minat?? Dia cool. Dan cara dia fikir tu boleh buat orang fikir balik. Tentang kehidupan. Dia seorang penulis yang baik juga.

Itu saja nak share. aku minat dorang. Korang tak minat??? Takpelah. Aku tak paksa korang ikut aku. :) Citarasa lain - lain kan.

~Luahan rasa, tatapan semua.~

Tuesday, February 1, 2011

aku bilingual.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Apa beza keduanya dan kepentingannya?

Kalau kau tanya beza, secara terangnya lahh dah nampak apa bezanya. Apa beza kepentingannya.? Ha. Ini pendapat aku. Mungkin lain dengan pendapat kau. Terima sebagai satu pandangan. Kalau tak sama, bukan bermakna aku betul, kau salah. Atau aku salah , kau betul. Ini merupakan pandangan. dengan cara kita melihatnya. Lain - lain kan. Dalam memberi pandangan tu, takda yang betul mahu pun salah. Hanya pandangan.

Ok. Next.

Bahasa Melayu ada kepentingannya. Bahasa Inggeris pun ada kepentingannya. Masalahnya bila budak - budak Melayu zaman sekarang ni yang katanya urban , katanya high class, katanya bandar, speaking English berhabuk. Tak paham kadang - kadang tu. Tapi bahasa Melayu? Alahai. Nak dengar pun tak sanggup. Sebab?? Tak reti cakap Melayu dah sekarang nih. Semua pun pakat speaking.

"Weh! Tak speaking tak style lahhh! We need to speak English to make sure people see us as educated people and urban lahh dowh.!"

What the...?

Apa kalau cakap bahasa Melayu tu menjadikan kau tak bijak ke? Bahasa Melayu tu menjatuhkan taraf kau sangat ke? wah wah wah. Dalam IC, kau bangsa apa? English ke? Melayu lahh langau. Kalau orang tanya kau, kau duduk mana, kau jawab Malaysia, orang tak cakap mother tongue kau English. Orang cakap bahasa Melayu! Kau takkan boleh lari lah. Seurban mana pun kau. Kau tetap berbangsa Melayu. Seurban mana pon kau berpakaian, dalam IC tak penah berubah status bangsa kau. Tetap Melayu.

Aku bukan nak menidakkan kepentingan bahasa Inggeris. English penting. Aku tau. Aku merupakan batch pertama bila kerajaan minta Sains dan Matematik di ajar dalam bahasa Inggeris. Aku rasa keperluannya. Jadi, bila kerajaan tarik balik arahan tu, aku jadi agak kecewa. Sebab? Aku dapat rasa kesan belajar Sains dan Math dalam english. Sangat membantu. Dan universiti sekarang nih semua pun dah gunakan English sebagai medium mereka. Kecuali UKM. Jadi, persediaan itu perlu. Aku tau kita perlukan English.

Ya. English diperlukan.

Tapi bukan sampai tahap kau lupa yang kau duduk Malaysia! Bahasa jiwa bangsa. Ada Melayu yang dah tak tau macam mana nak cakap Melayu. Macam mana? Aku kesian. Mereka rugi besar.

Tapi aku maafkan. Kira takpelah. Budak - budak baru nak up. Macam tu lah. Speaking gile. Aku tabik! '-_-

English is something to be learned, not something to be proud of.


~Luahan rasa, tatapan semua.~

manusia yang pelbagai ragam.

Manusia ada pelbagai ragam. Dilahirkan dengan karenah tersendiri. Pe'el yang macam - macam. Kalau kau jalan - jalan kat Bukit Bintang lah sebagai contoh. Kau lepak situ. Duduk kat bwh tangga bergerak monorail BB tu untuk beberapa ketika. Kau perati kan pe'el orang - orang yang lalu lalang kat depan. Macam - macam kan.

Ada yang macam ni. Ada yang macam tu. Macam - macam lah senang kata. Kadang - kadang tergeleng jugak kepala nih laju - laju melihat kerenah yang tak berapa nak semenggah mereka - mereka ni. Berpakaian macam kita ni negara Jepun. Aku tergelak sorang - sorang. Pada mereka mungkin itulah style. Pada aku? Buang tebiat namanya. Tapi ya lah. Citarasa masing - masing kan. Mereka punya hak.

Ini analogi aku sebenarnya. Analogi dalam menggambarkan manusia itu punya pelbagai ragam.

Poin sebenar aku?

Aku faham manusia tu pelbagai jenis. Yang aku tak faham tang sesetengah pe'el nih.

Contoh contoh contoh?

Yang aku nak highlight kat sini jenis org yang suka mintak simpati . Kau canang kat semua orang cerita - cerita sedih kau. Cerita - cerita yang kononnya kau diperlakukan sekian sekian oleh si polan bin polan. Cerita - cerita yang memburukkan orang lain. Supaya? Supaya orang bersimpati terhadap kau. Apakah? Kau takda kerja lain ke , langau? Kalau lah kata cerita kau tu cerita benar, kisah benar, aku tak kesah. Cerita lahh. Kerna kau perlukan simpati tu. Tapi kau sebarkan cerita yang entah dari mana. Cerita dongeng versi kau sendiri. Cerita cinderella yang kau reka.

Kau buat orang simpati kat kau dengan memburukkan orang lain. Walhal kau dengan cerita dongeng kau. Kau tak bersimpati kat yang ditipu dan yang di putar belit faktanya.?

Aku tak faham jenis orang macam nih.

Orang - orang yang jenisnya seperti ini....,
Orang akan tetap bersimpati pada kau jika benar kau butuhkan simpati itu. Jangan kau tagihkannya seperti dalam keadaan yang sangat terdesak. Kerna itu lagi menampakkan betapa KASIHANNYA kau. Bukan simpati. Kasihan dalam erti kata yang kau boleh tafsirkan sendiri kalau kau cukup bijak. Mintak simpati berpada - pada. Jangan sampai orang hidu niat kau. sebab bila orang hidu, nak simpati pun dah takde selera.

Aku faham kalau kau perlukan perhatian. Tapi bukan dengan cara ini. Ini menjelekkan. Cari inisiatif lain. Terima kasih.

Aku tau aku tak sempurna nak menilai orang. Cuma ini luahan rasa aku. Aku dah jelek. Maaf dipinta. Kita sama - sama tak sempurna. Kita sama - sama berkongsi rasa. Andai aku punya ragam yang kau tak suka, teguran dialu - alukan.

~Luahan rasa, tatapan semua.~

6 Progresif

Entah kenapa hari ini semacam takda idea atau lebih tepat takda mood untuk menulis blog. Tiada apa yang nak diluahkan mungkin.

Aktiviti hari ni?

Seperti biasa. Mengadap laptop.

Buat apa?

Hey. Mestilah bukan buat assignment atau study. Online lah. Facebook, twitter, blog.

Oleh kerana aku merupakan peminat Zahiril Adzim, aku selalu scroll blog sampai dah tak boleh scroll. Dan aku update cerita - cerita yang dia lakonkan. Dan terbaru serta sedang ditayangkan ialah drama bersiri 6 Progresif. Aku tak berkesempatan menontonnya sebelum ni. Ya lah kan. Pelajar. Kat universiti tu TV bukannya satu bilik satu.

Jadi, oleh kerana aku beriya - iya kat Zahiril nih. Aku pun pergi lahh website tonton hanya untuk menonton lahh drama bersiri ini. Dan akhirnya, sudah habis lah semua episod yang ada aku dah tonton. 3 episod saja pun.

Komen?

So far, seronok cerita ni. Mengenai pelajar sekolah. Kalau ikut citarasa aku, kira kena lah. Kau? Tak kena? Tak payah tengok. Haha.

Sinopsis?

6 Progresif mengisahkan tentang perjalanan para pelajar di SMK Sungai Terok terutamanya kelas 6 Progresif. Seorang Budak Baru telah dihantar oleh bapanya ke sekolah tersebut setelah dibuang sekolah atas salah faham bahawa dia telah meniru semasa peperiksaan. Di SMK Sungai Terok, Budak Baru (Hanis Kamal) telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik di sekolah itu oleh Cikgu Ahmad, lalu dia berkenalan dengan Nik Adli (Zahiril Adzim), Dahlia (Faralyna Idris), Lily (Nabila Dally) dan Kecoh (Nas-T).

Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh adalah Ketua pengawas sekolah dari kelas 6 Bestari. Nik pula merupakan ketua kelas 6 Progresif dan Dahlia juga seorang pelajar dari kelas 6 Progresif. Pengetua SMK Sg Terok (Khatijah Tan) dan guru disiplin sekolah tersebut, Cikgu Ahmad (Zaibo), ingin membuat pembaharuan dan mengarahkan Kecoh memberi jawatan ketua kelas kepada Budak Baru dan ini telah membuatkan Kecoh tidak berpuas hati. Kecoh memberi rekod disiplin Budak Baru kepada Cikgu Ahmad yang terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan Budak Baru dari kelas 6 Bestari ke kelas 6 Progresif.

Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar 'reject' dan untuk aliran kemanusiaan. Pergolakan berlaku apabila Budak Baru dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan Budak Baru dari geng rempit dan geng sideburn. Budak Baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.

Konflik demi konflik terus berlaku di 6 Progresif dan kekecohan berlaku pada minggu ko-kurikulum di antara Nik dan Kecoh kerana berebutkan Budak Baru untuk menyertai kelab masing-masing. Pada masa yang sama, Lily pula mencuba sedaya upaya untuk menggoda Budak Baru setelah mengetahui rekod baik dan latar belakang Budak Baru.

Melangkah masuk ke sekolah baru bukanlah sentiasa mudah kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lama dan sekaligus mengenali pelajar-pelajar baru dengan suasana dan persekitaran yang amat berbeza sekali. Persediaan mental merupakan persediaan yang paling penting ketika melangkah ke sekolah baru. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru, inginkan kebebasan dan pemberontakan pasti terngiang-ngiang di kepala mereka.





poster.
zahiril hujung belah kiri ya.

zahiril hujung belah kanan. :)


Jadi, aku rekomenkan kau tengok cerita ni. Best!

Bila bila bila?

Setiap Khamis, 830 malam, di tv9.

p/s : teringat zaman sekolah. aku rindu. :) aku suka cite ni. kau tak suka? aku peduli apa? :)

~Luahan rasa, tatapan semua.~