Ada yang macam ni. Ada yang macam tu. Macam - macam lah senang kata. Kadang - kadang tergeleng jugak kepala nih laju - laju melihat kerenah yang tak berapa nak semenggah mereka - mereka ni. Berpakaian macam kita ni negara Jepun. Aku tergelak sorang - sorang. Pada mereka mungkin itulah style. Pada aku? Buang tebiat namanya. Tapi ya lah. Citarasa masing - masing kan. Mereka punya hak.
Ini analogi aku sebenarnya. Analogi dalam menggambarkan manusia itu punya pelbagai ragam.
Poin sebenar aku?
Aku faham manusia tu pelbagai jenis. Yang aku tak faham tang sesetengah pe'el nih.
Contoh contoh contoh?
Yang aku nak highlight kat sini jenis org yang suka mintak simpati . Kau canang kat semua orang cerita - cerita sedih kau. Cerita - cerita yang kononnya kau diperlakukan sekian sekian oleh si polan bin polan. Cerita - cerita yang memburukkan orang lain. Supaya? Supaya orang bersimpati terhadap kau. Apakah? Kau takda kerja lain ke , langau? Kalau lah kata cerita kau tu cerita benar, kisah benar, aku tak kesah. Cerita lahh. Kerna kau perlukan simpati tu. Tapi kau sebarkan cerita yang entah dari mana. Cerita dongeng versi kau sendiri. Cerita cinderella yang kau reka.
Kau buat orang simpati kat kau dengan memburukkan orang lain. Walhal kau dengan cerita dongeng kau. Kau tak bersimpati kat yang ditipu dan yang di putar belit faktanya.?
Aku tak faham jenis orang macam nih.
Orang - orang yang jenisnya seperti ini....,
Orang akan tetap bersimpati pada kau jika benar kau butuhkan simpati itu. Jangan kau tagihkannya seperti dalam keadaan yang sangat terdesak. Kerna itu lagi menampakkan betapa KASIHANNYA kau. Bukan simpati. Kasihan dalam erti kata yang kau boleh tafsirkan sendiri kalau kau cukup bijak. Mintak simpati berpada - pada. Jangan sampai orang hidu niat kau. sebab bila orang hidu, nak simpati pun dah takde selera.
Aku faham kalau kau perlukan perhatian. Tapi bukan dengan cara ini. Ini menjelekkan. Cari inisiatif lain. Terima kasih.
Aku tau aku tak sempurna nak menilai orang. Cuma ini luahan rasa aku. Aku dah jelek. Maaf dipinta. Kita sama - sama tak sempurna. Kita sama - sama berkongsi rasa. Andai aku punya ragam yang kau tak suka, teguran dialu - alukan.
~Luahan rasa, tatapan semua.~
No comments:
Post a Comment