Followers

Tuesday, February 1, 2011

aku bilingual.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Apa beza keduanya dan kepentingannya?

Kalau kau tanya beza, secara terangnya lahh dah nampak apa bezanya. Apa beza kepentingannya.? Ha. Ini pendapat aku. Mungkin lain dengan pendapat kau. Terima sebagai satu pandangan. Kalau tak sama, bukan bermakna aku betul, kau salah. Atau aku salah , kau betul. Ini merupakan pandangan. dengan cara kita melihatnya. Lain - lain kan. Dalam memberi pandangan tu, takda yang betul mahu pun salah. Hanya pandangan.

Ok. Next.

Bahasa Melayu ada kepentingannya. Bahasa Inggeris pun ada kepentingannya. Masalahnya bila budak - budak Melayu zaman sekarang ni yang katanya urban , katanya high class, katanya bandar, speaking English berhabuk. Tak paham kadang - kadang tu. Tapi bahasa Melayu? Alahai. Nak dengar pun tak sanggup. Sebab?? Tak reti cakap Melayu dah sekarang nih. Semua pun pakat speaking.

"Weh! Tak speaking tak style lahhh! We need to speak English to make sure people see us as educated people and urban lahh dowh.!"

What the...?

Apa kalau cakap bahasa Melayu tu menjadikan kau tak bijak ke? Bahasa Melayu tu menjatuhkan taraf kau sangat ke? wah wah wah. Dalam IC, kau bangsa apa? English ke? Melayu lahh langau. Kalau orang tanya kau, kau duduk mana, kau jawab Malaysia, orang tak cakap mother tongue kau English. Orang cakap bahasa Melayu! Kau takkan boleh lari lah. Seurban mana pun kau. Kau tetap berbangsa Melayu. Seurban mana pon kau berpakaian, dalam IC tak penah berubah status bangsa kau. Tetap Melayu.

Aku bukan nak menidakkan kepentingan bahasa Inggeris. English penting. Aku tau. Aku merupakan batch pertama bila kerajaan minta Sains dan Matematik di ajar dalam bahasa Inggeris. Aku rasa keperluannya. Jadi, bila kerajaan tarik balik arahan tu, aku jadi agak kecewa. Sebab? Aku dapat rasa kesan belajar Sains dan Math dalam english. Sangat membantu. Dan universiti sekarang nih semua pun dah gunakan English sebagai medium mereka. Kecuali UKM. Jadi, persediaan itu perlu. Aku tau kita perlukan English.

Ya. English diperlukan.

Tapi bukan sampai tahap kau lupa yang kau duduk Malaysia! Bahasa jiwa bangsa. Ada Melayu yang dah tak tau macam mana nak cakap Melayu. Macam mana? Aku kesian. Mereka rugi besar.

Tapi aku maafkan. Kira takpelah. Budak - budak baru nak up. Macam tu lah. Speaking gile. Aku tabik! '-_-

English is something to be learned, not something to be proud of.


~Luahan rasa, tatapan semua.~

2 comments:

azrinaanuwi said...

Setuju sesangat!!

.d.a.y.a.n.g. said...

kannnnn. meluat kadang kadang huhu