Followers

Sunday, June 19, 2011

Depan dan Belakang

You always wanna know the truth. But when you know it, you cant do much , only KNOW it. Whats the point of knowing it if you are only knowing it. Get what I mean?

Entah. We cannot regret of what had happened before. Apa yang kita boleh buat pandang ke depan. Tapi bila kita dah pandang depan, kadang - kadang terpandang belakang macam mana? Kadang - kadang tu yang bahaya. Haih. Apa kata kalau kita keep on pandang depan. Jangan ada TER pandang belakang. Boleh ke macam tu? Macam tak je.

Aku memang selalu pandang depan. Depan. Jauh. Tapi bila terpandang belakang, sayunya hati. Bukan kerana ada apa - apa dalam hati. Cuma sayu dan sebak. Banyak benda yang aku pikir. Dan semua benda tu bermula dengan "kalaulah dulu..........."

Hm.

Aku tak boleh terus pandang belakang. Masa depan yang aku cari. Kenangan tetap kenangan. Yang lepas biarkan lepas. Bak kata Zahiril, tiada hukum alam yang membolehkan selepas pukul 7 itu pukul 6 atau selepas Selasa itu Isnin. Kita tak boleh berpatah balik. Kita kena terus mencorak hidup kita ke hadapan. Walau sejauh mana kita nak patah balik ke waktu. Walau sedalam mana kita nak 'kalaulah dulu aku tak buat ni' atau 'kalaulah dulu aku buat ni, mesti.....'.

Jadi, mari kita pandang ke depan. Jangan toleh ke belakang dengan seribu satu penyesalan. Apa yang di belakang hanyalah untuk dirindui and nothing more.

Apa yang aku merepek? Entah. Aku terlalu memandang ke depan mungkin. Hm.

p/s : kalau nak pandang ke depan saje, maknanya entri - entri yang lama - lama kena buang?
atau mungkin kena buat blog baru supaya kita sentiasa pandang ke depan?
itu aku tak pasti. yang pasti.....

aku sayang sejarah aku.

No comments: