Perang psikologi?
Ya. Isu ni sebenarnya dibangkitkan masa aku dan dia borak - borak. Kitorang ni kalau dapat jumpa blog yang best - best. Blog yang best pada kami bukanlah blog fashionista, blog famous - famous ala - ala artis tu. Apa yang kami kategorikan blog best ialah blog - blog yang mengutarakan mengenai kehidupan. Aspek bahasa yang bila kita baca, rasa best je. And pasal sejarah. pasal Islam. Pasal realiti hidup. Antara yang best :
1. Blog Zahiril (bukan sebab dia artis. tapi sebab penulisan dia.)
2. Blog ini
Nak dijadikan cerita, bila dia baca one of the blogs, dia come across dengan isu perang psikologi ni. So, dia share dengan aku.
Perang psikologi/minda ni sebenarnya dimulakan oleh musuh - musuh orang Islam. Lepas kalah dalam satu peperangan yang mana tentera Islam telah pon menang, mereka sedar bahawa orang Islam kalau berperang , berperang untuk mati! Bukan untuk menang. Jadi , secara tak langsung, Islam akan sentiasa menang. Tak takut mati! Jadi, mereka mula menyampaikan dakyah bahawa orang Islam akan diserang secara psikologi. Itu lah satu - satunya cara untuk kalahkan orang Islam. Mereka yakin dan pasti dengan cara itu, orang Islam akan kalah secara perlahan - lahan tapi dalam tempoh yang lama.
Hasilnya....?
Mereka berjaya!
Mereka sangat berjaya kerana apa saja yang kita lakukan sekarang ini semuanya daripada mereka. Sampaikan kita sendiri tak dapat menolak daripada melakukan perkara - perkara tu. Kita tak sedar. Sebab?? Kita dah biasa dengan cara mereka. Maknanya mereka sangat berjaya! Contohnya jubah konvekesyen kita sekarang. Dari mereka. Kalau lah katanya ada orang yang membuat cadangan supaya pemakaian jubah konvekesyen dimansuhkan sebab nak lari dari mereka, orang yang akan membantah sekuat - kuatnya adalah kita jugak. Orang Islam. Pada kita, alahhhh standard lah. Jubah tu je kot. Itu pon jadi isu.
Hmm. Benda - benda yang kita nampak remeh ni lah sebenarnya kejayaan mereka. Bila mana kita dah start tak hiraukan benda yang kita kena hirau! Kita dah terlalu dimodenkan rasanya kot. Bila ada orang - orang konservatif sikit, kita jadi macam "apa hal tah!" Padahal kadang - kadang konservatif tu perlu!
Tulah. Nak cakap panjang - panjang sangat, aku tak reti sebenarnya. Yang penting, inputnya ialah mereka dah berjaya merosakkan dan meracuni pemikiran kita ni.Persoalannya sampai bila?
InsyaAllah. Kita akan bebas dari belenggu mereka satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment