Followers

Monday, January 31, 2011

rindu ku untuk si kembar. :(

Bila bercakap pasal kahwin, orang - orang akan bercakap mengenai anak jugak. Timbul lahh keinginan untuk ber anak kembar.

Aku??
Tersengih.

Sebab?
Aku sepatutnya ada seorang kembar. Seorang kembar perempuan. Kembar seiras. Ya. Dia lahir lewat 5 min daripada aku. Aku lahir pada jam 1050 malam di Pusrawi dan arwah 1055. Secara saintifiknya, aku akan di kira sebagai kakak. Tapi ikot kata orang - orang tua, aku adik. Kakak beralah, bagi adik keluar dulu - kononnya. Tak kesah lah sape adik, sapa kakak. Yang penting kami kembar. :)

Ibu aku tentu gembira bila dapat tahu yang anak sulung nya kembar. Tapi pada hari yang sama ibu tahu dia akan dapat anak kembar, saat itu jugak lahh dia tau yang salah seorang daripada kembar itu telah meninggal dunia. Akibat terlilit tali pusat. Tak dapat bernafas. Hancur luluh lahh hati seorang ibu. Salah seorang anaknya tak sempat hidup di dunia.

Maka, lahir lahh aku seorang diri ke dunia.
Sepatutnya aku lahir berdua. Bersama kembar yang aku kongsi rahim pada waktu yang sama. Tapi apakan daya.
Aku lahir sorang - sorang.

Ibu dan ayah tak pernah sorok kenyataan yang aku sepatutnya ada kembar. Dari kecik aku dah tau.

Aku bersyukur satu.

Yang arwah meninggal ketika dalam perut. Belum sempat kami hidup sama2 di atas bumi nih. Aku bersyukur dengan kenyataan tu.
Aku tak dapat bygkan keadaan aku kehilangan arwah saat aku dah bermain bersama di dunia. Mungkin aku akan lebih sakit.

Sekarang?
Siapa cakap aku tak sakit? Aku rindu. Aku rindu dia. Yang amat sangat. Tapi kalau dia sempat hidup dgn aku di alam ini, mest aku lagi rindu.

Adik kembarku, DAYANG AMALIA HUSSIN
Aku rindu kau, kembar. Pelik. Aku tak pernah tau rupa kau macam mana. Tapi aku tetap rindu kau. Oh. Mungkin tak pelik. Kita pernah berkongsi tempat yang sempit selama 9 bulan. Aku tatap muka kau. Kau tatap muka aku. Aku rindu saat itu. Aku doakan kau tenang di sana. Kau ke arah syurga, kembar. Doakan kami. Doakan ibu ayah, aku serta adik - adik yang juga untuk turut serta bersama kau. Aku tak pernah lupa. Ibu dan ayah pun tidak mungkin lupa. Aku sayang kau. Semoga kau tenang di sana, aminnn.

Aku sayang kau. Sangat sayangkan kau, Amalia.

p/s : ini bukan pertama kali aku menangisi dan merindui kehadirannya. Dia selalu di ingatan. Al-fatihah untuk Dayang Amalia Hussin. Aminnn.


~Luahan rasa, tatapan semua.~

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak


Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

So what can you do now?

  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.

persoalan yang timbul, tiada jawapannya lagi.

Entah lah. Boleh kah agama di politikkan? Persoalan yang aku timbulkan. Di saat semua nya pun mengenai politik, adakah agama pun dipolitikkan?

Ya lah. Sana sini di politikkan. Isu menara, isu air, isu minyak, isu tol, isu macam - macam isu lahh. Semua di claim di politikkan oleh orang - orang politik. Entah lah. Aku takut nak bagi komen lebih - lebih.

Tak pasal - pasal je nanti.

Yang sangat pastinya, aku sendiri tak tau nak mengundi pihak mana. Ya lah. Umur dah boleh mengundi dah tahun ni kan.

Maksud?

Politik dah makin kotor.

Oh. Tak tak. Bukan politik yang kotor.

Orang yang di dalam politik yang mengotorkannya. Kotorkan macam mana? Entah lahh. Semua benda pun ada agenda di sebalik. Aku pun pening. Bukak TV, masalah politik negara. Berebut negeri. Bukak berita, masalah politik lagi, jatuhkan sesama sendiri. Bergaduh. Macam - macam lah. Kadang - kadang tu sesama parti pun bergaduh.

Jangan sampai negara lain ancam negara kita kerana tak teguhnya politik negara. Alangkah eloknya kalau semua pihak bergabung, berkerjasama membangun kan kita atas satu nama. Malaysia. Kata Satu Malaysia kan.

Kan kan kan?

senang sikit aku nak buat pilihan mana yang nak di undi. Takde nak pening - pening. Kan.

Dan jangan lahh sampai agama di politikkan. Politikkan benda lain. Jangan agama. Itu je aku harap. Aku tak kata dah dipolitikkan. Sebab aku sendiri tak tau. Persoalan yang tak terjawab. Hanya menyatakan yang aku tak nak sampai agama pun nak dipolitikkan. itu sangat bahaya.

buat masa sekarang, masih lagi berfikir. :)

*asek cerita pasal love life ja. Kadang - kadang perkara serius itu perlu.

~Luahan rasa, tatapan semua.~

Sunday, January 30, 2011

kita sama. muhasabah diri.

Bangun, masih hujan. Baru nak rasa matahari nih. Tapi matahari pun ala - ala je nak timbul. Takpe. Sejuk hari ni. Aku suka.

Hari ni aku nak bercakap mengenai pernyataan dan pemberi pernyataan yakni dalam bahasa omputih nya statement and the statement giver.

Kenapa pulak nak cakap pasal statement - statement nih.?

Banyak sebab.

Banyak.

Mengenai dress code. Oh . Bukan bukan. Cara kita berpakaian dan fashion. Aku ni takdalah baik sangat. Nak kata tutup aurat sepenuhnya pun aku tak berani lagi nak cakap. Tapi aku tau apa yang perlu ditutup.

Sekarang nih, dah terlalu ramai yang pakai baju tak cukup kain. Semua nak tunjuk. Selagi boleh tayang, kau tayang. Dah macam artis Hollywood lah. Kalah mereka - mereka kat Hollywood tu. Bukan nak kata artis kita je. Budak - budak remaja sekarang nih pun sama. Ikot sape? Fashion katanya. Kalau pakai tutup - tutup ni tak style lah. Bila ditegur, masing - masing jawab : Itu hak individu. Kubur lain - lain.

Melenting.

Tapi betul lah ckp mereka - mereka tu. Hak mereka nak berpakaian. Negara Islam demokrasi kan. Semua ada hak. Biar pakai separuh bogel pun. Aku tak kesah kau nak pakai apa. Pakai lahh. Cuma................................................

Bila kau bagi statement yang nampak sangat kau nih tak berfikir sebelum mengeluarkan statement.

Fashion is unlimited katanya. Memang fashion tu tak limited. Tapi ada yang meng limitkan fashion. Pegangan kita. Aurat kita. Katanya, kita boleh pakai apa yang kita nak. Sebab fashion is unlimited.

Ada tu yang kata, sebab kerjaya dia sebagai model, jadi kena faham lahh kenapa dia seksi seksa.

Aku tak mintak banyak. Aku tak mintak kau pakai tutup - tutup. Kau nak seksi, suka hati kau lahh. Cuma aku mintak, jangan bagi statement yang sebegitu rupa. Sebab yang terpengaruh nanti , budak - budak muda nih. Ya. Kau model. Pakai lahh baju jenis yang macam mana pun. Tapi sebelum keluarkan statement, fikir - fikir lah. Jangan main pakai boh je bagi statement. Kadang - kadang tu boleh terpesong aqidah.

Aku ni takde lahh baik sangat. Apa yang aku tulis ni pun ditujukan untuk aku juga. Kita sama - sama perbaiki diri. Okay??? Sama - sama muhasabah diri. Wallahualam.

~Luahan hati, tatapan semua.~


she is suhhhweet.

it's me again.

nah. nak bercakap mengenai seseorang. Shera Aiyob.

Aku suka dia. Oh. Bukan secara terlarang. Dia manis. Atau orang putih kata she is sweet.

I adore her. :)






Aku suka dia. Ada yang tak suka?? Ada aku kesah.? :)

citarasa tu kan subjektif.

Sometimes Kite Kene Concern Pasl Interest Org Lain Jugk .. Jgn Slalu Nk Ikut Kepala Sndiri .. We're Not Living Alone .



Status diciplak dr seorang teman. Jadi, ini tempat meluahkan rasa.

Reaksi apabila baca status nih : Anggukan tanpa henti. Sambil terus menaip kata - kata setuju dengan kenyatann yang diekspresi melalui tulisan.

Kerana? Ada jenis manusia yang tidak boleh menerima kesukaan orang lain. Sebab? Dia tak suka. Secara logiknya, bila dia tak suka, semua orang tak boleh suka - katanya. Persoalan yang timbul yang ditimbulkan oleh orang putih : "Does that how it works?"

Sama - sama kita renungkan. Aku kekadang tu tak berapa nak boleh bla dengan makhluk2 species nih. Orang kata rambut sama hitam, hati lain - lain. Rambut pun sekarang dah lain - lain. Hati apatah lagi. Kau tak suka, tak pe lah. Jangan paksa org lain pun tak suka macam kau. Ini negara demokrasi lah, langau. Demokrasi untuk menyukai dan menidaksukai. Taste kita lain - lain. Aku suka merah jambu. Kau benci. Jangan lahh kondem merah jambu macam buruk sangat rupanya. Kau tak suka, kau punya suka. <------- Konsep ni boleh diterima pakai that??

Kita ni hidup bermasyrakat. Aku bukan hidup sorang - sorang. Kau pun takkan lahh hidup sorang - sorang. Kalau sekali, dah takde keluarga, jiran kan ada. Orang - orang luar kan juga di angkat sebagai masyarakat. Jadi, hidup lahh secara bermasyarakat.

Maksud?

Aku tak mintak kau suka apa yang aku suka. Tapi hormat apa yang aku suka.
Aku tak larang kau cakap kau bnci dengan apa yang aku suka. Benci lah. Nyatakanlah pendapat kau. Aku hormat pendapat kau yang tak suka. Jadi, aku mintak hormat lahh apa yang aku suka.

Ya. Konsep ini baru betul. !

Pandangan berbeda. Kita kan demokrasi. Luahkan pendapat tanpa lupa untuk menghormati pendapat orang lain.

~Luahan rasa, tatapan semua.~

bukan coretan, hanya rasa itu.

Tiada apa yang aku ingin bebelkan.
Tiada apa yang aku ingin coretkan.
Tiapa apa yang aku ingin luahkan.
Tiada kata indah yang aku ingin lakarkan.

Aku cuma rindu.

Kau.

Kita jauh walau dekat. Kita dalam satu negeri yang sama. Tapi kita masih jauh.
Kita dekat walau jauh. Kita tetap dekat. Kerna kita ingat.

Aku rindu kau.

Aku sayang.

Kau.

Kehendak kita sama. Sabar, sayang. Kita tunggu waktu dan ketikanya. Kita akan bersua.

Kita jumpa dalam mimpi ye, kau. Aku tunggu. :)

untuk makhluk bergelar manusia

Bangun pagi, hujan. Makan tengah hari, hujan. Minum petang, hujan. Maghrib, masih hujan. Alhamdulillah. Nikmat yang Allah beri untuk kita semua.

Tapi masih ada rungutan. Ah. Manusia. Tak pernah puas. Manusia. Negative-minded orang putih kata. Siapa tak pernah puas? Siapa negative-minded? Manusia! Oh. Bukan.

Kita!. Ya. Kita lebih tepat.

Kalau panas, panas sangat. Kalau sejuk, sejuk sangat. Oh. Kalau cuaca panas, kenapa lahh panas sangat harini? Kalau hujan, hujan lahh pulak, Macam mana nak keluar. Baik hujan mahupun panas, ada saja rungutan. Ini lahh. Tak tau dek untung kata orang. Sapa sapa sapa?? KITA laaahh. Rungut tu, rungut nih. Semua tak betul. Nak sempurna, kononnya. Hmm. Kau nak sempurna? Kau tu sempurna kah?? Kalau rasa diri tu sempurna, boleh terpesong aqidah kau, langau!

entri ni bukan ditujukan khas kepada siapa2. Muhasabah diri kata orang. Untuk kita semua. Itu pun kalau kau rasa kau manusia!

~Luahan hati tatapan semua.~

Saturday, January 29, 2011

Inti Pati Hidup

Celik mata. Awal lagi. Gelap dan masih sejuk. Langkah kaki menuruni tangga. Cheh. Dah pukul 1130 pagi. Mati aku kena bebel dgn ibunda. Ya. Dengan bijaknya, kaki terus melangkah ke dapur. Ibunda tgh memasak. Dan ya. Seperti percikan minyak tika ikan di goreng, seperti tu juga lahh bebelan ibunda. Aku? Tersenyum. Oh. Bukan. Tersengih kambing. Begitu lah setiap kali dibebel pun.

Ok. Move on to the next story org putih kata.

Aku tau. Banyak benda dalam hidup ni perlu di renungkan. Kenapa? Siapa? Bagaimana? Semuanya. Renungan kita tu tak semestinya sama dengan org lain. Interpretasi tu kan subjektif.

Bila org kata azam mereka untuk tidak terlibat dgn drama hidup, aku terpikir sejenak. Bukankah hidup itu drama? Kita hanyalah watak melakonkan perwatakan yg kita cipta sendiri. Storyline yg kita karang secara spontan. Jadi, nak tak nak, kita kena berdepan dengan drama. Sejauh mana kita mengelak, itu lah yang datang. Cuma drama itu dibentuk dalam pelbagai variasi. Suka duka. Perang damai. Kita yang bentuk. Bukan orang lain. Ya. Orang lain mungkin jadi penyebab kepada pembentukan drama itu, tapi sekali lagi, kita yang membentuk. Ini persepsi aku. Mungkin beda dengan orang lain. Drama tidak dapat dielak dalam hidup. Hidup dan drama itu seiring. Drama-drama yang dipentaskan pun diadaptasi drpd hidup kita. Kita yang memilih untuk berada dalam drama yang jenis macam mana.

Jangan selalu menunding jari menyalahkan org kalau2 kita terperangkap dalam drama yang kita cipta sendiri.

~Luahan hati untuk tatapan semua.~

p/s : Aku tak suke tgk Zaquan dah kawen. saya jeles! Huhu. Congratulations btw! :)

Inspirasi.

Blog Zahiril buat aku sedar. Ya. Aku terlalu memikir mungkin. Tapi aku sedar. Yang bahasa kita
itu indah. Dalam pada muda mudi sibuk berbahasa inggeris, kita lupa tentang bahasa kita. Kita terlalu banggakan bahasa asing. Konon lagi standard menulis, bercakap dalam bahasa asing. Konon bodoh kalau bertutur dalam bahasa melayu. Walhal itu bahasa kita. Bahasa yang melambangkan kita. Kenapa perlu rasa bodoh itu. Kenapa perlu rasa tidak high class bila berbahasa?

Ya. Aku seorang pelajar dalam bidang bahasa Inggeris Linguistik dan Sastera. Untuk tidak bertutur dalam bahasa inggeris itu sukar. Sangat sukar. Tuntutan tu. Tapi tidak lahh aku berbangga dengannya. English hanya untuk dipelajari bukan sesuatu yang dibanggakan. Buat apa dibanggakan bahasa luar sedang kita punya bahasa sendiri.

Membaca blog seseorang dengan penuh bahasa Inggeris tidak pernah buat aku kagum. Sedang membaca satu entri blog dia, aku kelu. Bahasa yang diguna. Cara guna pakai setiap perkataan itu beda dari setiap maksud literalnya. Hanya untuk menulis satu entri, dia berjaya buat aku kagum. Bukan sahaja dgn kebolehan dia , tetapi juga dgn keindahan bahasa kita.

Banyak kali aku cuba untuk menjadi seperti dia sebelum ni. atau mungkin orang-orang seperti die. Fynn Jamal salah satunya. Tapi tak menjadi. Perbendeharaan kata atau mungkin kosa kata aku cukup cetek jika dibandingkan dgn dia. Aku cuba. Cuba menulis dgn bahasa aku sendiri. Tanpa aku lupa tuntutan aku sebagai seorang pelajar bahasa Inggeris.

Aku sayang bahasa aku, bahasa kita. Tidak pulak aku menidakkan bahasa Inggeris. Untuk maju, bahasa Inggeris itu perlu TANPA kita lupa bahasa kita.

ini bukan racist. ini satu kesedaran. kesedaran agar tidak lupa asal usul. itu saja. Pensyarah saya kata Learning English doesnt make you an English.
~Luahan hati untuk tatapan semua.~

Tujuh.

tujuh.

tujuh bulan tidak membawa erti apa2 kepada yang sudah tempuh bertahun2.
tujuh bulan bukanlah satu jangka masa yang boleh dibanggakan.
tujuh bulan hanyalah bulan, belum tahun.
tujuh bulan yang org kata mentah dan belum matang.
tujuh bulan belum boleh berjalan, hanya merangkak.

Tapi sebelum boleh berjalan, kita merangkak. sebelum tahun, kita bertemu bulan. Sudah tujuh bulan bersama. satu pencapaian yang aku banggakan. Kerana? Oh. Kerana pada aku, tujuh bulan itu satu tempoh yang lama. Ya. Paling lama pernah aku tempuhi dalam satu perhubungan. Orang cakap tujuh bulan baru. Apa yang nak dibanggakan? Persetankan . Kerna yang rasa aku. Bukan kau, langau-langau.

Untuk si dia, tujuh bulan sudah kita bersama. Susah senang. Gelak riang. Tangis sendu. Kita lalui berdua. Bukan senang untuk memilih tuk bersama. Bukan senang untuk mengenepikan semua anasir hanya untuk sama2 menyulam rasa. Bukan senang untuk mengekalkan perasaan ini tanpa ada ruang-ruang alpa. Tapi, genap tujuh bulan, kita masih berdua akhirnya.

Tujuh bulan. Kau makin kenal aku. Aku juga makin kenal kau. Apa yg kau suka, apa yang kau benci. Kau tau kesukaan aku dan kebenciaan aku. Tapi aku kerap kali melakukan perkara yang kau benci sedang kau cuba untuk melakukan setiap perkara yang aku suka. Ya. Aku sedar. Aku sakitkan hati kau. Aku lukakan jiwa kau. Aku buat kau bersedih dan menangis. Alasan aku? Masih sama. Paranoid. Tapi aku tau. Alasan dah lapuk. Bagi aku masa, sayang. I'll fix it. Aku janji. Ambil janji ni sebagai janji. Bukan sebagai pelepas diri.

Org putih cakap it is such an honor to have ur love. Org melayu cakap cinta kau indah. Org putih cakap its a bless to have you. Org melayu cakap kau tu satu bahagia buat aku. Kau ada ketika aku menangis. Kau ada tiap kali aku perlukan satu ucapan lega. Kau ada di setiap ketika. Kerna kau kata kau cinta. Aku kata aku lebih cinta. Aku tanya kau. Bahagiakah kau dengan kita? Jawab kau positif. Kalau kau bahagia, apatah lagi aku. Sedangkan kau selalu sakit kerana aku yg alpa pon rasa bahagia tu, masakan aku menidakkan rasa yang kau beri. Terima kasih!

Tujuh hanyalah angka. Bulan dan tahun hanyalah masa. Bukan itu yang penting. Bahagia tu kan kita yang rasa. Tak kira berapa banyak angka, tak kira berapa tahun kau langau2 sudah bersama, tak semestinya kau bahagia. Jangan banggakan perhubungan yang lama tapi habuk pon takda. Kann?

Setiap kemarahan yang terpacul,
setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah itu kasih jawapannya. -zahiriladzim-

Setuju dengan kata zahiril. Kasihlah jawapannya kalau kau tanya kenapa aku marah. Kenapa aku garang? Kerana aku kasih. Percayalah. Dan kasih aku dalam untuk kau.

Hey, doh. si mox sayang doh sangat. Muah! :) 7 itu kita sekarang. Nanti kita 8. InsyaAllah. Moga Allah panjangkan jodoh kita. Aminn.

Friday, January 28, 2011

Zahiril Adzim.

New post during the mid sem break yg membosankan. :)

Okeh. Post ini tak membosankan ye. Cerite perihal seorang mamat yg sye minati lame dulu. oohh. dan still meminati beliau. Zahiril Adzim! :)

First time tgk die was when he acted as Merah in Merah Putih. Male version of bwg merah bwg putih. Merah was soooooooooo cool. Selalunye Merah jd jht gile kann. Tp dalam cite nih Merah baik dgn Putih. And and die sgt cool. Saye minat die since then. Hehe. :) Serius minat gilon. But then, disebabkan masuk u kann. So tak update dah dgn drama2 die yg baru.

And i came to know his blog. ZahirilAdzim..----click this ya. And ye. org teater kann. his words are just best di bace. His blog pon menarik. Ade nilai2 sastera kate org. Selalu nak jd macam tu. Tp am not artistic enough to be one.



yeah! Merah Putih. Merah, Ily. Like sriously I do. :)


ZA. I adore ur writing. I like you. But I cannot love you. You have your very own SA. *wink2.

p/s : Teruskan perjuangan. :) dan hero malaya.
p/s/s : Awak look sweet with ur girl. and i love ur girl too. :)

Friday, January 21, 2011

An Article

Penjelasan Konsep Islamisasi UIA hari ini
Harakahdaily

GOMBAK, 21 Jan: Atas inisiatif dakwah kepada massa, pihak

Kelab Ma’ruf bersama kelab-kelab dakwah yang lain di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

seperti PKPIM dan Volunteer of IIUM Mosque (VIM) akan mengadakan rapat umum pada

hari ini (Jumaat, 21 Januari 2011) bagi memberi penerangan kepada mahasiswa UIA dan warga UIA yang lain tentang konsep Islamisasi UIA yang telah dicemari oleh mahasiswa sendiri.

Rapat Umum ini akan diadakan selepas solat Jumaat di hadapan perkarangan Masjid UIA.

Oleh itu, semua warga UIA dijemput untuk mendengar daripada wakil-wakil mahasiswa

setiap kelab dakwah berhubung isu ini dan mendapat keterangan yang jelas.

Sebagai mahasiswa kita perlu ingat bahawa isu mahasiswa adalah untuk mahasiswa.

Slogan ‘Taman Ilmu dan Budi’ sering diwar-warkan di kalangan komuniti UIA khususnya

kepada golongan mahasiswa.

Ini merupakan antara aspirasi yang dijunjung oleh mahasiswa UIA yang merupakan misi

UIA itu sendiri ialah ‘IIICE’ atau lebih dikenali dengan Triple ICE.

Misi ini mengabungkan Islamization, Integration, Internalization dan Comprehensive

Excellence. Gabung jalin ketiga-tiga konsep ini mampu melahirkan warga UIA yang berilmu

dan berbudi kepada Negara amnya dan masyarakat khususnya.

Ramai tokoh-tokoh terbilang lahir dari universiti ini berdasarkan konsep yang diperkenal

sama ada dari golongan mahasiswa mahupun pensyarah.

Lebih membanggakan salah seorang pensyarah UIA yang merupakan bekas Rektor UIA sebelum

ini iaitu Prof Dr Kamal Hassan mendapat Anugerah Professor Ulung baru-baru ini.

Namun, apa yang dikesali mutakhir ini, konsep Islamisasi iaitu untuk mewujudkan suasana

Islamik yang kondusif di UIA semakin tercemar dengan sikap segelintir mahasiwa yang

memandang enteng pada aspirasi yang ingin di bawa oleh pihak universiti walaupun kita

sedia maklum lebih 98% mahasiswa UIA merupakan beragama Islam dari pelbagai bangsa dan

negara.

Konsep Islamisasi ini bukan sekadar memastikan warga UIA menjadi seorang muslim yang

menunaikan kewajipan seharian seperti solat sahaja bahkan lebih daripada itu dengan

mewujudkan suasana yang baik dengan erti kata yang lain suasana pergaulan antara lelaki dan

perempuan yang terkawal serta mematuhi kehendak syariat seperti menutup aurat dan

menjauhi pergaulan bebas.

Malangnya, beberapa insiden yang mencemarkan UIA telah berlaku seperti persembahan

tarian poco-poco oleh siswi semasa acara perasmian penutup “University Sport Carnival”

dan percampuran antara siswa serta siswi dalam permainan bola tampar di kolej kediaman.

Hal ini jelas bertentangan dengan konsep Islamisasi yang ingin dibawa oleh pihak universiti.

Sememangnya mahasiswa pada hari ini sudah di luar batasan.

Namun, perkara ini tidak boleh dituding jari kepada mana-mana pihak mahupun individu.


Sumber dari Harakah Daily. Renung2kan dan selamat beramal. Something that we have to

ponder.

Thursday, January 20, 2011

Money money money!~

MONEY.

Everyone is searching for money. For the same reason. To make life better. Yeah. With money, our lives should have been better. A fact that we cant run from. It is not being materialistic. But realistic in fact. How can u actually live without money nowadays?? Dulu mungkin boleh. But now you even have to pay 20 cents just to pee. What the heck.? And if u guys notice, Ringgit Malaysia kite too small value. I mean, if u r going out with rm50 in ur pocket, kejap je dah habis. rm50 dah macam 50 sen. No matter how much u want to keep it, at the end of the day, rm50 tuh habis jugak. tambang/minyak dah rm10. makan dah rm10. yg lain2 lagi.

My family is not that rich nor that poor. We are in moderate. Alhamdulillah. Allah gives us enough food to eat. A good house for us to shelter. It is just that..... Kesian kat my parents. They work ver hard just to make sure we have something to eat. Maybe because i am the eldest , im quite sensitive on this issue. We are not that rich to not have full loan from PTPTN. And it is hard though to get scholars. Studying in the university is costing much enough. Even my sister tak dapat any loan. and she is studying at a private college. My brother is having his driving classes. and my lil brother is still schooling. Tolak tolak sume, bape sgt lahh duit ayah n ibu untuk dorg sendiri. Thinking of that, I'll cry. They sacrifice many things for us. Nak mintak duit pun, takot. Bukan sebab ape.. Kesian kat ibu n ayah. Huhu. Kadang2 tu nak gak shopping2, beli barang yg kite suke, keluar tanpe ade kekangan wang. Tapi bile pikir balik, baik lahh duit tu p untuk adik2 pulak. So, bile kawan2 shopping, tgk je lahh. Huhu. Bukannye taknak beli barang baru. Tp rasenye itu kehendak bukan keperluan. Dalam hati tu sentiase berdoa supaye Allah berikan rezeki lebih sikit untuk ibu and ayah. Bukan tak bersyukur. Sangat bersyukur. Bukan teruk sangat pun. Duit ade. Cume tak leh membazir.

Untuk itu, ade hikmahnye. Allah bg aku kuat dalam ape jue keadaan. Been in a hard situation. *takde lahh hard to be compared dgn org lain tuh. But still. I know and I am very certain. Allah is fair. Maybe if He is giving us more than we need, we may forget Him. So thats the hikmah. Bia kite dekat dgn Allah. Itu kan lebih afdhal. kalau byk duit, mest byk membazir dan buat bnde2 lagha selalu. So, bile takdelahh kaye sgt, kite beringat. Nak kua pon berkire. Supaye duit tu disalurkan ke tempat yg betul. :)

Point of having this entry??? HAHA. Takleh nak apply MARA loan. Cet. UIAM is not in their list of universities. Hmmm. Geram pulak saye. :(

p/s: Dont be a slave of money. Let money be our slaves.! :) Yeah!

The highlights.

I was having a very hectic week last week. And so do this week. So much things to do. So many things to attend. The workshop. The meetings of ELITS. The halaqah. And so many more. I was damn tired and exhausted.

The highlight of last week...??? Oh. The workshop of course. The theatre workshop. It was very intense physically and mentally at first. At the end of the day, I enjoyed it. :) Only for something that bothered me soo much at that time. The thing is that we got to do Medea as our play. Somehow and somewhat I felt very connected to Medea. Basically, the play is all about Medea's husband is stolen by someone. Only then , I realized that 'ohhh. ade kene mngene dgn aku ke'. I mean like selame bace Medea nih tak penah plak terase. Tapi on that workshop tuh cam sentap kejap. Was I stealing someone's BF last tym?? Hmm. I dont know what to say. I was being manipulated. Manipulated with what ...?? Ohh. You should have known. All I know was that he was no longer anyone's bf at that time. And so am i still considered as someone who is stealing someone's bf.? Like frankly speaking, terasa gak lahh. Tapi bile pikir2 balik, I just think I am not. I am not kot. Tah lahhh. Jahat gile aku kann nak rampas merampas nih. Tapi I am just saying. Huhu. I am sorry if u think I am. Like seriously, I dont wanna have any problems with anyone anymore. I have had enough long long tym ago. If really I was that bad, I think I've got my karma. And now i am living in the happiness. The history lingers around no matter how bad u wanna forget it. Urghhh. But the thing is not bothering me any longer. :) I think I was a victim too. U know what I mean.

Another highlight was the ELITS meeting. HAHA. I am one of the main board. Assistant je. But then we have given a task. Each bureau was given an event to be handled. And and we have to be the PM and asst PM. I am not excited at all!! Like seriously shit. A big big task to handle an event. But once u are in, u are in!!! U have to deal with it. Even my head com also was wondering how are we going to do this.? and we actually have picked this sem's event which will be held after the mid sem break. Freaking soon! :((( And so I am still searching for my team. Great team. So that our event will be even greater. :) Aminn. :)

p/s : Oh. Everyone is still keep telling me I am thinner. Am I? Ohhh. Suke suke suke ; HAHA. :)

Saturday, January 8, 2011

Obsession.

Reading the very old posts again buat aku rase geli dan meluat dgn diri sendiri. HAHA. Seriouly shit. Sebab...?? The obsession that I have had makes me laugh like crazy. A question popped up. Why was I too obsessed??? Damn.

Reading them makes me realize how obvious my intention was at that time. Seeking his attention. Bcz I knew he would read my blog at that time. Cari simpati lahh bagai. Weh. Tak menahan. HAHA. Konon sedih sgt sampai rationality hilang!! Aduhai. Sorry for those yg penah bace. :)

Nak buang , sayang. HAHA. Kenangan kot. Nanti dah tue2 boleh bace balik. Pastu gelak dgn kebodohan diri. Aku lahh.

p/s : korg jgn scroll smpai bawah pulak. nak bace post2 bengong tu sume. huhu.

Guitar and Ain. An Admiration.

Hello people! Now. Updating .

I have been thinking of learning to play guitar like long time ago. when my parents bought my adik a guitar during his birthday. At that tym, he was very into learning how to play it that he even borrowed it from a fren. And that's y my parents decided to give him one.

Unfortunately, his passion of playing it sgt kejap. Lame2 , gitar tuh dibiarkan berhabuk. I feel like playing it each time i look at it. The thing is I cant. And being good in art is something that i wanna be eversince. I love dancing, singing, and acting. I've tried all those. And im loving it. I just want to complete the art stream with playing at least an instrument! I was very into piano long long long tym ago. But now, guitar is my choice. Seeing people plucking guitar makes me amazed. and i have this thought in my mind, "if only i can pluck it melodily"

Classical Guitar. Gitar kapok the one that
i have.

How cool she is with the guitar!

Oh Ain, I really want to be like you, dear!!!! Soo cool of you.

p/s : Hey! im waiting for that moment . u promised me to teach me how to play.!
p/s/s : Ain!!!! Sorry for using ur pics. :) I just adore you so much.

Friday, January 7, 2011

2011

Hello 2011.

Im reaching 21 this year. Soo old but yet too young to be old. :) People will talk about their resolutions when it comes to new year. But i dont wanna talk about it yet though. i dont finalize my new year resolutions yet. will gonna do it soon. haha.

I stalked some old frens' pictures just now. One is married and the other one is engaged. Yg married tuh is my senior from my high school. She's 22 years old. And yg engaged tu is my schoolmate and classmate dulu. She's obviously 21 years old this year. Congratulations to them!

The thing is that. When i look at us, we are like so farrr behind. I mean. we are serious in building our relationship but yet we realize that to be married or even engaged, that is soooooooooooooooo not now. HOWEVER, im jelous . i wanted to get married and engaged. i want to have the kenduri telling everyone that im all him. HAHA. Sound funneh. It is just that i cant wait to have such big day! *sabarlah hati. die tak mmpu lagi nak tanggung kau. haha.

Oh yeah. We are heading to our 7th month anniversary at the end of the month. It is a wow! I mean the longest relationship i have ever had so far. HAHA. Loser kan. I am trying to maintain it as long as i can. i mean. we can. It is all depend on him i think. If he can bare with me, then our relationship is a success. Bcz i am the problematic one. Admit that. :) Sorry lahh. Kadang2 tu kene lahh gaduh. HAHA. Baru cerie sikit hari kite.

p/s : ohh. die tegur "pakai tudung tu labuh sikit lehh. jgn nak singkat2 sgt". *sentap sekejap! tp lepas tu tersenyum. :) thank you . bile die yg tegur cam pelik kan. huhu. i thought die suke pompuan seksi. haha.

Thursday, January 6, 2011

Updates

Hello peeps.

First of all. Credits to Biila for being so nice. She let me borrow her lappy. Memandangkan boleh on9 even tersengguk2. And memandangkan Biilaa tgh bergayut, so pinjam jap. :)))

New Updates?? Err. Banyak jugak sebenarnye. Tapi nak cite lahh about this sem.

So far, komen about this sem punye subject. Tough gile okay.! I mean. Kalau last sem tuh ade lahh harapan nak target A untuk mane2 subject. Sem nih.............?? Haha. HARAPAN yg tinggi sangat! I need to maintain the pointer yg nyawa2 ikan tuh.

Kelas Arab : (oh yeah. this sem nih i dah amek arab tau) HAHA. Err. BLUR. Sumpah. Kalau takde Pikaa Ida n Hasma, I m a total lost . Sumpah. Susah kot. But ustaz nih best gak ahh. Kelakar. Die dr Sudan. And he tried very hard to speak Malay that make him look soooooooooo cute and adorable. HAHA. Serious. Tapi kelas arab nih tension sikit. 8 contact hour okay. It means kelas 2 jam fi kulli yaum. (setiap hari). Pecah kepale otak aku! Im looking forward of learning it though. An advantage of what IIUM students will have. Be proud of it! Yeay!

Kelas Islamic Aqidah : Kelas pukul 2 setiap hari selase dan khamis. Disebabkan kelas pukul 2, kelas ni adalah kelas yg paling mengantuk, hmmm. sorry lahhh ustazah. tak dapat elak. And this subject cam akan susah. sebab level 3 kannn. one of the highest level dalam subject IRK. And ade projek nih. We need to do it in group yg dipilih oleh ustazah. And our group decided to do about AURORA.! *sambil jeling2 pikaa. hahahaha :))

Kelas Science of Hadith : Ok. Kelas ni menarik sebenarnye. Belajar how to classify hadith tapi.............. complicated. HAHA. tapi kelas nih terase cepat berlalu. Ustaz tu selalu tension. Sebab tup2 dah abes mase. huhu. Ustaz best! Kelaka.

Kelas Prophetic : Haaaaaaaaaaaa. Kelas nih. Lecturer paling best walaupun die nmpk cam garang! Mmg garang pon. Sume kecut perut. Kitorg je takk. Sebab kitorg penah kelas dgn die. And 4th week nih die dah boleh berlawak2. HAHA. he tried to speak malay too. oh he is from india. its so funny. And paling best. ktorg je yg gelak. hahaha.

Kelas Phonetics and phonology : Kelas nih sebenarnye tough tp sebab lecturer tak tension kitorg, so kitorg have fun. and kitorg belajar vocal thru this class. HAHAHA. Siyes!!!! Teknik pernafasan kene betul tuk nyanyi high note okay. hahaha

Kelas Drama : Ohhh. Minat gakk blaja drama. tp cam pyh sebab kene blaja history. hmmm. Ohh. yah. kitorg ade play untuk dipentaskan. Tajuknye Medea. Datanglahh beramai2. Huhu. Kat uia. Bulan March. :))) Akan diupdate bile ye. :)



Aktiviti petang : Jogging (jgn nak pelik sgt haha) dgn pikaa akmar n bilaa. Kurus dah iols! :))) And main uno.

P/s :: looking forward for tomrrow loves! :)