Followers

Saturday, January 29, 2011

Inti Pati Hidup

Celik mata. Awal lagi. Gelap dan masih sejuk. Langkah kaki menuruni tangga. Cheh. Dah pukul 1130 pagi. Mati aku kena bebel dgn ibunda. Ya. Dengan bijaknya, kaki terus melangkah ke dapur. Ibunda tgh memasak. Dan ya. Seperti percikan minyak tika ikan di goreng, seperti tu juga lahh bebelan ibunda. Aku? Tersenyum. Oh. Bukan. Tersengih kambing. Begitu lah setiap kali dibebel pun.

Ok. Move on to the next story org putih kata.

Aku tau. Banyak benda dalam hidup ni perlu di renungkan. Kenapa? Siapa? Bagaimana? Semuanya. Renungan kita tu tak semestinya sama dengan org lain. Interpretasi tu kan subjektif.

Bila org kata azam mereka untuk tidak terlibat dgn drama hidup, aku terpikir sejenak. Bukankah hidup itu drama? Kita hanyalah watak melakonkan perwatakan yg kita cipta sendiri. Storyline yg kita karang secara spontan. Jadi, nak tak nak, kita kena berdepan dengan drama. Sejauh mana kita mengelak, itu lah yang datang. Cuma drama itu dibentuk dalam pelbagai variasi. Suka duka. Perang damai. Kita yang bentuk. Bukan orang lain. Ya. Orang lain mungkin jadi penyebab kepada pembentukan drama itu, tapi sekali lagi, kita yang membentuk. Ini persepsi aku. Mungkin beda dengan orang lain. Drama tidak dapat dielak dalam hidup. Hidup dan drama itu seiring. Drama-drama yang dipentaskan pun diadaptasi drpd hidup kita. Kita yang memilih untuk berada dalam drama yang jenis macam mana.

Jangan selalu menunding jari menyalahkan org kalau2 kita terperangkap dalam drama yang kita cipta sendiri.

~Luahan hati untuk tatapan semua.~

p/s : Aku tak suke tgk Zaquan dah kawen. saya jeles! Huhu. Congratulations btw! :)

No comments: