Followers

Saturday, January 29, 2011

Inspirasi.

Blog Zahiril buat aku sedar. Ya. Aku terlalu memikir mungkin. Tapi aku sedar. Yang bahasa kita
itu indah. Dalam pada muda mudi sibuk berbahasa inggeris, kita lupa tentang bahasa kita. Kita terlalu banggakan bahasa asing. Konon lagi standard menulis, bercakap dalam bahasa asing. Konon bodoh kalau bertutur dalam bahasa melayu. Walhal itu bahasa kita. Bahasa yang melambangkan kita. Kenapa perlu rasa bodoh itu. Kenapa perlu rasa tidak high class bila berbahasa?

Ya. Aku seorang pelajar dalam bidang bahasa Inggeris Linguistik dan Sastera. Untuk tidak bertutur dalam bahasa inggeris itu sukar. Sangat sukar. Tuntutan tu. Tapi tidak lahh aku berbangga dengannya. English hanya untuk dipelajari bukan sesuatu yang dibanggakan. Buat apa dibanggakan bahasa luar sedang kita punya bahasa sendiri.

Membaca blog seseorang dengan penuh bahasa Inggeris tidak pernah buat aku kagum. Sedang membaca satu entri blog dia, aku kelu. Bahasa yang diguna. Cara guna pakai setiap perkataan itu beda dari setiap maksud literalnya. Hanya untuk menulis satu entri, dia berjaya buat aku kagum. Bukan sahaja dgn kebolehan dia , tetapi juga dgn keindahan bahasa kita.

Banyak kali aku cuba untuk menjadi seperti dia sebelum ni. atau mungkin orang-orang seperti die. Fynn Jamal salah satunya. Tapi tak menjadi. Perbendeharaan kata atau mungkin kosa kata aku cukup cetek jika dibandingkan dgn dia. Aku cuba. Cuba menulis dgn bahasa aku sendiri. Tanpa aku lupa tuntutan aku sebagai seorang pelajar bahasa Inggeris.

Aku sayang bahasa aku, bahasa kita. Tidak pulak aku menidakkan bahasa Inggeris. Untuk maju, bahasa Inggeris itu perlu TANPA kita lupa bahasa kita.

ini bukan racist. ini satu kesedaran. kesedaran agar tidak lupa asal usul. itu saja. Pensyarah saya kata Learning English doesnt make you an English.
~Luahan hati untuk tatapan semua.~

No comments: