Ya lah. Sana sini di politikkan. Isu menara, isu air, isu minyak, isu tol, isu macam - macam isu lahh. Semua di claim di politikkan oleh orang - orang politik. Entah lah. Aku takut nak bagi komen lebih - lebih.
Tak pasal - pasal je nanti.
Yang sangat pastinya, aku sendiri tak tau nak mengundi pihak mana. Ya lah. Umur dah boleh mengundi dah tahun ni kan.
Maksud?
Politik dah makin kotor.
Oh. Tak tak. Bukan politik yang kotor.
Orang yang di dalam politik yang mengotorkannya. Kotorkan macam mana? Entah lahh. Semua benda pun ada agenda di sebalik. Aku pun pening. Bukak TV, masalah politik negara. Berebut negeri. Bukak berita, masalah politik lagi, jatuhkan sesama sendiri. Bergaduh. Macam - macam lah. Kadang - kadang tu sesama parti pun bergaduh.
Jangan sampai negara lain ancam negara kita kerana tak teguhnya politik negara. Alangkah eloknya kalau semua pihak bergabung, berkerjasama membangun kan kita atas satu nama. Malaysia. Kata Satu Malaysia kan.
Kan kan kan?
senang sikit aku nak buat pilihan mana yang nak di undi. Takde nak pening - pening. Kan.
Dan jangan lahh sampai agama di politikkan. Politikkan benda lain. Jangan agama. Itu je aku harap. Aku tak kata dah dipolitikkan. Sebab aku sendiri tak tau. Persoalan yang tak terjawab. Hanya menyatakan yang aku tak nak sampai agama pun nak dipolitikkan. itu sangat bahaya.
buat masa sekarang, masih lagi berfikir. :)
*asek cerita pasal love life ja. Kadang - kadang perkara serius itu perlu.
~Luahan rasa, tatapan semua.~
No comments:
Post a Comment