tujuh bulan tidak membawa erti apa2 kepada yang sudah tempuh bertahun2.
tujuh bulan bukanlah satu jangka masa yang boleh dibanggakan.
tujuh bulan hanyalah bulan, belum tahun.
tujuh bulan yang org kata mentah dan belum matang.
tujuh bulan belum boleh berjalan, hanya merangkak.
Tapi sebelum boleh berjalan, kita merangkak. sebelum tahun, kita bertemu bulan. Sudah tujuh bulan bersama. satu pencapaian yang aku banggakan. Kerana? Oh. Kerana pada aku, tujuh bulan itu satu tempoh yang lama. Ya. Paling lama pernah aku tempuhi dalam satu perhubungan. Orang cakap tujuh bulan baru. Apa yang nak dibanggakan? Persetankan . Kerna yang rasa aku. Bukan kau, langau-langau.
Untuk si dia, tujuh bulan sudah kita bersama. Susah senang. Gelak riang. Tangis sendu. Kita lalui berdua. Bukan senang untuk memilih tuk bersama. Bukan senang untuk mengenepikan semua anasir hanya untuk sama2 menyulam rasa. Bukan senang untuk mengekalkan perasaan ini tanpa ada ruang-ruang alpa. Tapi, genap tujuh bulan, kita masih berdua akhirnya.
Tujuh bulan. Kau makin kenal aku. Aku juga makin kenal kau. Apa yg kau suka, apa yang kau benci. Kau tau kesukaan aku dan kebenciaan aku. Tapi aku kerap kali melakukan perkara yang kau benci sedang kau cuba untuk melakukan setiap perkara yang aku suka. Ya. Aku sedar. Aku sakitkan hati kau. Aku lukakan jiwa kau. Aku buat kau bersedih dan menangis. Alasan aku? Masih sama. Paranoid. Tapi aku tau. Alasan dah lapuk. Bagi aku masa, sayang. I'll fix it. Aku janji. Ambil janji ni sebagai janji. Bukan sebagai pelepas diri.
Org putih cakap it is such an honor to have ur love. Org melayu cakap cinta kau indah. Org putih cakap its a bless to have you. Org melayu cakap kau tu satu bahagia buat aku. Kau ada ketika aku menangis. Kau ada tiap kali aku perlukan satu ucapan lega. Kau ada di setiap ketika. Kerna kau kata kau cinta. Aku kata aku lebih cinta. Aku tanya kau. Bahagiakah kau dengan kita? Jawab kau positif. Kalau kau bahagia, apatah lagi aku. Sedangkan kau selalu sakit kerana aku yg alpa pon rasa bahagia tu, masakan aku menidakkan rasa yang kau beri. Terima kasih!
Tujuh hanyalah angka. Bulan dan tahun hanyalah masa. Bukan itu yang penting. Bahagia tu kan kita yang rasa. Tak kira berapa banyak angka, tak kira berapa tahun kau langau2 sudah bersama, tak semestinya kau bahagia. Jangan banggakan perhubungan yang lama tapi habuk pon takda. Kann?
Setiap kemarahan yang terpacul,
setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah itu kasih jawapannya. -zahiriladzim-
setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah itu kasih jawapannya. -zahiriladzim-
Setuju dengan kata zahiril. Kasihlah jawapannya kalau kau tanya kenapa aku marah. Kenapa aku garang? Kerana aku kasih. Percayalah. Dan kasih aku dalam untuk kau.
Hey, doh. si mox sayang doh sangat. Muah! :) 7 itu kita sekarang. Nanti kita 8. InsyaAllah. Moga Allah panjangkan jodoh kita. Aminn.
No comments:
Post a Comment