Followers

Thursday, August 4, 2011

Bolasepak Malaysia.

Nah. Berzaman da kan kes Malaysia vs Singapura 28hb hari tu kat Bukit Jalil. Aku baru nak cerita pasal tu hari ni. Sebab? Lepas je game, aku balik kampung. So takleh online. Balik je dari kampung, aku p bersiar - siar kat spital 2 3 hari. Haha. Tu yang tak terupdate tu. Tapi aku nak cerita jugak lah pengalaman aku kat sana. Menonton bola sepak secara live. :)

Aku sampai jam 415 petang. Aku gerak dari UIA dalam kol 3ptg. Aku ingat aku dah awal . Rupanya memang tak lah . Dah penuh train tu ha. Kalau time lawan Chelsea haritu, takde lah seramai nih. Bagus rakyat Malaysia! Semangat tu yg penting. Sampai je Bukit Jalil, orang yang ramai - ramai tadi keluar dr perut train tuh. Tak semena - mena mereka bersorak ramai - ramai. Macam semua dalam train tu kenal lah satu sama lain. Aku berdiri , kaku. Semangat nya dorang nih. Aku pon turut sama semangat.

Sampai dekat karnival bawah tu, macam - macam ada. Makanan, jersi, tshirt, mafla, sticker dan sebagainya. Target kami ialah untuk membeli jersi! Yeah. Sebab kami takde jersi lagi. Haha. Sedih kan. Cari lahh jersi warna kuning hitam tuh. Raawrrrr . Semangat Harimau Malaya betul. Dapat lahh yang harga rm40. Kualiti ok sikit dari yang rm20 tu. Ramainya orang. Panas lagi. Kami p makan - makan dulu. Bihun sup d kampung. Sedap okay.

Masuk stadium. Lagi meriah. Buat yang nak tau aku duduk kat bahagian mana. Aku masuk ikut yellow gate. Duduk dekat bendera selangor yang panjang tu. Yang ada gendang2 tu. Kat situ lahh. Haa. Meriah weh. Belum apa - apa, semua dah start nyanyi - nyanyi lah. Bising. Bingit. Sampai lah waktu azan. Aku betul - betul respek mereka - mereka yang terus diam , tak buat bising time azan. Siap bagi signal lagi suruh senyap. Tapi ada jugak yang tak reti bahasa. Bising gila. aku sakit hati betul. Ramai - ramai lah p surau yang dah disediakan.

Before kick start, ada sesi memanas badan dua - dua team. Bila Datuk K Rajagobal masuk je. Semua berdiri. Bersorak untuk dia. Seronok waktu tu. Bila team Singapura masuk, laungan LOSER kedengaran. HAHA. Aku rasa aku boleh terima benda tu. Standard lah. Saiko pihak lawan kan. Lagipun Kapten Singapura kan penah tunjuk signal L kat kita. Ok lettew. What u give u get back. Tapi bila dah ada yang mencarut - carut menggunakan isyarat jari. Ohh. Itu aku tak setuju. Sivik tiada langsung. Marah betul saya.

Dan ada lagi. perkara - perkara yang tak bertamadun berlaku sepanjang dalam stadium. Semasa Singapura punya national anthem. Penyokong Malaysia pergi boo sana boo sini. Bising. Tak hormat langsung. Cuba kalau kena tang kita, ngamuk gila lah kan. *typicalmsian. Masa nyanyi lagu Negaraku., bersatu padulah rakyat Malaysia ketika tu. Semangat betul aku nyanyi . Hehe. Sampai lahh ada sorang brader nih mintak laluan. Nak keluar. Dengan 2 orang rakannya. Aku tengok muka brader ni, sebelah warne merah. Aku ingat cat. Rupanya DARAH!!!! Yang keluar dari MATANYA. Sian. AKu syak mesti penangan mercun yang dibaling orang - orang tak bertamadun. Terus aku duduk. Baca ayat kursi banyak - banyak. Mintak perlindungan dari Allah. Elakkanlahh aku dari apa - apa benda yang tak diingini. :( Darah brader tu ada kat kasut Hatim. Meleleh. Kesian. Sambil tu, aku doa jugak untuk abang tu supaya dia takda apa - apa. Last - last, aku dapat berita, dia buta kanan. Sian!!

Nak tau dengan lebih lanjut? Nah. Baca nih ---> buta kanan

Ada jugak yang tak reti nak faham. Orang suruh duduk, tak reti nak duduk. Tak hormat orang langsung. Kitorang pon bayar okay! Baling - baling botol tu biasa ahh. Mercun?? Lagi biasa. Tunjuk f**k sign? Tiap masa. haiyooo. Time balik tu, naik kereta. Tumpang kereta member. (Tq tobek! (bf phye)) Hehe. Ada lah dalam 5 - 6 kereta kena pecah. Sian . Suma yang kereta hensem - hensem. Kereta kancil taknak pecah pulak . Haiyoo.


Macam tu lah. Sikap sesetengah penyokong Malaysia yang takde sivik. Kita boleh nak support ramai - ramai. Tapi sivik kena ada. Okay? Yang malu nanti Malaysia. Malaysia kan mewakili kita semua. Harapnya, semua orang ada kesedaran untuk menjadi orang yang lebih bertamadun!

p/s : Apek. Stop lah dengan kisah peribadi kau. Concentrate on ur training untuk Olimpik
p/s/s : Aku nak p stadium lagi. tapi pilih port cantik sikit. Haritu depan sangat . Cari port atas sikit.

Okbai.


3 comments:

Anonymous said...

dayang nk gi tgk bola lg btaw taw..nak ikottt!! =)

SuLTaN said...

eh, i rse i mcm prasan u kat stadium! what a small world kan. :)

.d.a.y.a.n.g. said...

sultan : serious???! small world. ! :)