Followers

Saturday, February 12, 2011

Aku Tahu.

Kekadang aku tau kau terluka.
Kekadang aku sedar aku melebihi had.
Kekadang aku rasa apa yang kau rasa.
Dan kekadang aku tau kau banyak bertahan.

Dalam hubungan kita ni, aku tau kau terlalu banyak mengalah. Aku tau. Aku tau aku tak pernah sekali pun mengalah. Tanpa ada sebab kukuh. Mungkin melihat kau begitu menyayangi aku. Aku ambil mudah. Kononnya , "Ah! Kau takkan tinggalkan aku!". Riaknya hati aku berbicara. Tapi saat itu juga aku sedar, sampai bila?

Sampai bila harus aku teruskan jenis permainan yang macam ini? Sampai bila harus aku biarkan dirinya terluka, ? Aku tau dalam pada kau berkata kau bahagia, ada sekelumit rasa tidak senang tu. Aku tau sayang.

Apa yang pasti, aku tak mahu meneruskan permainan semacam ini! Aku harus berhenti. Demi untuk kebahagiaan kami berdua. Kau sabar ya. Aku cuba. Aku cuba untuk tidak memapulasikan keadaan. Aku cuba untuk tidak menyebabkan kau bersedih lagi. Aku akan! Tiada lagi alasan paranoid. Kerna kau buat aku sedar yang bukan semua lelaki, lelaki durjana. Kau antara contohnya. Terima kasih!

Bukan semua lelaki durjana. Jangan disebabkan segelintir pihak, kita menghukum semua lelaki. Biar cinta datang kepada kita. :)

No comments: