Followers
Friday, February 25, 2011
Broga Hill part II.
Monday, February 21, 2011
I Love Broga Hill
TQ.
Saturday, February 12, 2011
Aku Tahu.
Wednesday, February 2, 2011
epaloca, SA dan ZA.

Shera Aiyob ni aku minat dah lama dah. Since dia baru putus dgn Kamal Adli. Sebab?? Dia nampak sweet saje. Sweet ah. Serious suka!~
Dia ni pulak aku minat since dia berlakon jadi Merah. Sebelum tu, dia ada berlakon dalam KAMI. Tapi disebabkan aku tak tengok KAMI, so aku kenal dia thru Merah Putih. Sebab minat?? Dia cool. Dan cara dia fikir tu boleh buat orang fikir balik. Tentang kehidupan. Dia seorang penulis yang baik juga.Tuesday, February 1, 2011
aku bilingual.
manusia yang pelbagai ragam.
6 Progresif
Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh adalah Ketua pengawas sekolah dari kelas 6 Bestari. Nik pula merupakan ketua kelas 6 Progresif dan Dahlia juga seorang pelajar dari kelas 6 Progresif. Pengetua SMK Sg Terok (Khatijah Tan) dan guru disiplin sekolah tersebut, Cikgu Ahmad (Zaibo), ingin membuat pembaharuan dan mengarahkan Kecoh memberi jawatan ketua kelas kepada Budak Baru dan ini telah membuatkan Kecoh tidak berpuas hati. Kecoh memberi rekod disiplin Budak Baru kepada Cikgu Ahmad yang terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan Budak Baru dari kelas 6 Bestari ke kelas 6 Progresif.
Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar 'reject' dan untuk aliran kemanusiaan. Pergolakan berlaku apabila Budak Baru dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan Budak Baru dari geng rempit dan geng sideburn. Budak Baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.
Konflik demi konflik terus berlaku di 6 Progresif dan kekecohan berlaku pada minggu ko-kurikulum di antara Nik dan Kecoh kerana berebutkan Budak Baru untuk menyertai kelab masing-masing. Pada masa yang sama, Lily pula mencuba sedaya upaya untuk menggoda Budak Baru setelah mengetahui rekod baik dan latar belakang Budak Baru.
Melangkah masuk ke sekolah baru bukanlah sentiasa mudah kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lama dan sekaligus mengenali pelajar-pelajar baru dengan suasana dan persekitaran yang amat berbeza sekali. Persediaan mental merupakan persediaan yang paling penting ketika melangkah ke sekolah baru. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru, inginkan kebebasan dan pemberontakan pasti terngiang-ngiang di kepala mereka.

