Followers

Saturday, June 18, 2011

Kagum.

I'm Zahiril Adzim's die hard fan ! If you guys have ever read previous2 entries yang lama - lama, ada aku tulis pasal mamat ni. Aku peminat dia yang tegar lah kiranya sebagai penulis dan pelakon. Bukan seorang artis ya. Dia kata pelakon dan artis banyak bezanya. Ok. Makes sense. Aku mula minat dia sebagai seorang penulis bila aku mula baca blog dia . Tanda - tanda yang aku minat penulisan dia adalah bila mana aku boleh khatamkan satu blog dia tu! In a day! a ha. See?! Betul - betul tegar! Dan ada puisi - puisi dan catatan - catatan dia yang aku ingat smpai sekarang. Confirm tegar!

Memandangkan aku peminat tegar dia, jadi, aku tahu dia nak keluarkan buku. Buku brand dia sendiri. Aku tunggu buku tu keluar. Selain membaca blog dia, aku ada lah jugak kadang - kadang berinteraksi dengan dia kat twitter dia . Tanya - tanya pasal buku dia. Dulu rajin gak dia layan. Sekarang , busy sangat mungkin. :)

Dan akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa. Tada
|
|
|
|
|



Dah keluar dah bukunya pon. Hari ini launching nya. Dan oleh kerana aku diehard fan dia, aku pergi ke launching nya! Jyeah. Terbukti sangat ketegaran . Aku pergi bersama adik. Dan jumpa plak kawan - kawan kat sana. Seawal jam 11 pagi aku dah terpacak kat CM tu. Padahal event start jam 12. Semata - mata. Dan aku terus beli buku. First 20 people yang beli, dapat free baju. Yeeehaaaaaaaa! :) Dihiburkan dengan pembacaan sajak oleh Sh. Amani, Riz Ainuddin, Shera Aiyob, Zahiril sendiri. Tak lupa kawan baik Zahiril , Ayam Fared yang jugak me launch kan buku dia sendiri. Yang pasti, Zahiril dan Ayam punya soul yang tak semua ada. Bila mereka bersajak, kita rasa kita ada semasa sajak itu ditulis. Itu hebatnya orang yang berseni!

Ok. Move on.

Aku nak bercerita serba sedikit mengenai buku ini. Tajuk nya BOGEL MENUJU TUHAN. Bila aku tahu tajuk buku nya yang ini, aku tak terkejut. Sebab aku penah baca post dalam blognya ber title kan ini. Cuma mungkin, ramai jugak yang rasa tak selasa dengan tajuk yang diberi.

Entah. Pada aku, tajuk ni relevan. Kalau kau amek secara literal, ya. mungkin kau nampak macam tajuk ni tak senonoh. Tapi kalau kau seni orangnya, kau takkan terus melucahkan tajuk buku ini sebaik sahaja dgr perkataan bogel. Bak kata Zahiril dan Ayam "Bukan diri aku yang lucah tapi pemikiran kau yang porno." Bila kau baca, kau akan paham bogel menuju Tuhan itu sendiri. Ada metafornya. Bukan main pakai letak.

Sebenarnya, dah habis dah aku baca buku ni. Tapi belum habis telaah. Penulisan dia kena amek berhari untuk betul - betul paham. Yang aku senang paham ialah sajak - sajak dan catatan - catatan Zahiril untuk Shera. Cinta. Aku cepat paham. Haha. He is so sweet. I wanna Bf like him. Seriously! Untung lah Shera. :)

Jadi, aku syorkan kepada korang - korang semua, yang minat seni penulisan, beli lah. Tak rugi. Walaupun nipis, kau kena amek berhari - hari untuk baca buku ni. Berbaloi. Okay??!

Yang jadi favourite aku so far (di antara yang aku paham) Masih Mencari, Dia dan Aku Kata, Itu Ada Jawabnya, Dont Play Play, Bogel Menuju Tuhan, dan errrrr. banyak lagi! I really cant choose 1 to be my fav! Jadi, beli!

Ok. Itu sahaja promosi percuma hari ini. Sekian.

Orang nampak untungnya Shera dapat Zahiril. Tapi aku rasa Zahiril pon beruntung dapat Shera. Baca puisi2 dia untuk Shera. Shera wanita idaman lelaki. Untunglahh. :)

"Tuhan, kalau betul dia jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini." ZA

4 comments:

AIN SYAFIQA AZMI said...

owhh bes giler dayang da beli buku tu..nampak cm menarik, kene cari satu nih..hehe =)

akmar dean said...

dh beli? bape? dpt bju free tak? haha

.d.a.y.a.n.g. said...

ain : kena beli ain! hehe

kema: dah! rm30 weh. dapat baju free! yeehoo. haha

Beeha B. said...

beeha belum baca lagi..eh belum beli lagi...waa! Beeha pun minat!