Followers

Saturday, June 18, 2011

Zahiril versi aku. Yekks! HAHA.

Satu lagi post paksa! Haha. Mengantoikan dia memang kerja aku. Sebab apa paksa? Sebab aku takde mood sangat dah nak berblogging lagi. Post Zahiril tu aku gagah tulis sebab dia Zahiril! Aku peminat tegar dia. Ni nak kena tulis pasal Hatim! Aku tak minat langsung kat dia. HAHA. Kidding. :)

Aku bukan seorang yang puitis. Boleh karang puisi dan sajak banyak - banyak untuk yang terchenta macam Zahiril tu (masih lagi dalam mood Zahiril.haaha). Tapi aku tau lah menulis sikit -- sikit. Jiwang , aku tak suka. Romantik, aku tak pandai. Sweet, aku segan. Jadi, aku tulis yang biasa - biasa je ya! :)

Tatau nak start dr mana. Sebab relationship kami pon biasa - biasa saja. Bukan lah kata tak special. Special. Tapi macam orang lain jugak lah. Ada gaduh nya. Ada manja nya.

Ok. Aku dah tau nak mula dari mana. Memandangkan aku masih lagi sebenarnya dalam mood Zahiril ni, jadi aku nak berkait - kait sikit lah ya.

Zahiril ada tulis satu sajak untuk Shera yang men describe Shera secara tak langsung. So, Shera ni secara ringkas nya seorang yang akan menjadi idaman lelaki. Bukan lah semata - mata dia ni lawa , comel ke apa. Tapi sebab dia mudah memaafkan. Merajuk pon tak lama. Senang cakap, senang pujuk lah. Lelaki suka perempuan yang macam ini. Senang lah dorang. Tak payah serabut - serabut. SheraAiyob memang lahh wanita yang aku kagumi kerana mudah memaafkan sedangkan aku TIDAK!

Ok . Apa kaitan tah?

Kaitannya bila aku baca sajak - sajak ni kat si dia. Dia cakap dia nak yang macam Shera. Bestnya Zahiril dapat Shera dan sebagainya. Aku tak terasa. Aku tau aku tak macam Shera. Tapi aku tak terasa. Marah pun tak. Aku tau. Kadang - kadang dia penat nak layan karenah aku nih. Aku sedar.

Tapi. Apakan daya.

Dia kena terus tahan kalau betul dia ingin terus bersama dengan aku. Sebab aku belum bersedia atau pon lebih tepat , aku tak rasa aku boleh jadi Shera dalam waktu yang terdekat. Aku tau dia terima aku. Tapi persoalannya , sampai bila? Itu yang aku takotkan. Walau kerap kali dia cuba yakinkan aku dia akan tahan sampai bila - bila. Aku yakin. Tapi tak betul - betul yakin. Aku tau dia bahagia tapi persoalannya bahagia yang macam mana? Aku fikir. Bukan tak fikir. Aku kesian. tapi ego aku lebih dari itu. Maaf!

Dia pulak macam mana? Sedang dia nak GF yang macam Shera. Aku mestilah nak yang macam Zahiril kan. Haha. Aku tatau. Dia memang dah ala - ala Zahiril sikit. Jiwang! Kadang - kadang puitis jugak. Cuma, takda pon sajak untuk aku? Aku perlukan yang itu. Haha. Ok. Seriusnya, dia ok. Dengan aku. Aku tau dia sayang aku. Bukan sikit. Banyak. Aku tau. Aku pun sayang dia banyak apa! Cuma....................................... jeng jeng jeng. Suspen sikit. Haha. Cuma biasa lah. Dah setahun dah kan. Ada lah terkehel sana - sini. Apa yang tak bestnya pasal dia? Terlalu berhati - hati. Taknak bagi aku marah katanya. Last - last, apa pun tak jadi. When u are being too careful, it wont ensure u wont do anythg stupid kan. So , itu je lah. Terlalu berhati - hati.

Orang cakap "nampak macam dia sorang je yang sayang bagai nak rak kat kau dayang. Kau macam rilek - rilek saja. "

Aku cakap "Hmmmmmmmmmmmmmm."

Aku tau aku. Yang aku paling pasti. Aku sayang dia. Banyak. Sangat. Aku marah. Tapi aku kena jugak cakap dengan dia. Aku nak merajuk. Taknak call. Tapi tak sampai 5 min, aku call dah dia. Ada sekali tu, aku biar ego lawan perasaan aku sendiri. Aku taknak call. Lama aku tak call. Last - last aku tewas. Aku nak tidur. Tidur tanpa dengar suara dia. Sebab marah. Call jugak akhirnya sebab takleh tidur kalau tak cakap dengan dia dulu. Tengah marah dengan dia ni. Tapi bila ada benda yang nak dikongsi, buang jauh - jauh perasaan marah ni. Paling teruk, agak - agak dah betul - betul marah. Terus mintak putus. For real katanya. Dia call taknak angkat . Msg tak reply. Nak break kan. Bila sampai satu saat, aku yang carik dia balik. buat macam tak dak benda yang berlaku. Tak tau malu. Huhu.

Biarlah orang lain tak nampak macam aku sayang dia. Biarlah kalau sekali pun dia sendiri tak nampak aku sayang dia. yang penting sayang tu aku yang rasa. Selagi mana ada sayang tu dalam hati kecil aku ni, selagi tu lah aku pertahan kan perhubungan kita sambil doa aku panjatkan tiap hari moga dia lah jodoh yang ditetapkan untuk aku.

Entry ni panjang. Permulaannya terpaksa. Tapi lama - lama aku terbuai dengan perasaan sendiri.

aku cinta kau, mhr!

aku memang nak jd pelengkap rusuk kiri dia. amin Ya Rabb.


p/s : masih dalam mood Zahiril sampai sekarang! :)

1 comment:

Anonymous said...

True love is not about the hugs and kisses, the I love you's or the I miss you's, but about the chills that hit every part of your spine when you think about him.

=)