Followers

Tuesday, May 4, 2010

The Sign Of Love. Aiceh!... (curik dr akmar)

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan hati kamu.

3. Dia banyak menasihati kamu kerana dia amat menyayangi kamu.

4. Dia berusaha mengekang kebebasan kamu kerana perasaan cemburunya yang
meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kamu.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kamu kerana dia berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain dekat dengan kamu.

8. Dia mudah berasa cemburu dan sensitif apabila kamu tidak menunjukkan perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu
kamu memberi perhatian lebih kepadanya daripada orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kamu melakukan apa saja.

11. Dia sudah pandai merajuk kerana ingin dirayu oleh kamu.

12. Dia akan mengelabah apabila kamu berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kamu.

14. Dia mementingkan kamu daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kamu mencintainya kerana dia merasa kasihnya
lebih kuat daripada kamu.

16. Dia tidak akan memberi respond kepada perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia akan meluangkan lebih banyak masa dengan kamu walaupun terpaksa menunggu kamu dengan sabar.

18. Dia membanggakan kamu di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kamu, dia akan berasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia selalu mengharap kamu kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kamu kembali.

21. Dia menganggap kamu sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup
menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kamu namun jikalau dia berbuat
demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kamu.

23. Dia sanggup menitiskan airmatanya untuk kamu.




p/s : sedang berfikir.... adakah dia? Hmm.

3 comments:

kucingGEMOK said...

owh no...i've shown half of d sign to sumbodi...but xde niat pon...wah...mcm mane ni

.d.a.y.a.n.g. said...

ooohhhh. waaa. maknenye fix syg die lahh. syg tak semestinye cinte. kan3. hehehhe

kucingGEMOK said...

syg la an. member. comel lak tu. tapi xde la sampai tahap bcinta. lum sedia lg. kenderaan pon xde. cemane nk bwk jenjalan time dating. naek public transport x best. jatuh tahap kemachoan. wahaha. apeda merepek kt blog orang.