Followers

Monday, June 27, 2011

365 hari.

Aku tau orang berkata,
Semuanya.
Aku tau orang persoalkan,
Kenapa?
Aku tau orang takkan terima,
Aku dan dia.

Aku pening.
Aku buntu.
Bila otak mula berfikir,
Jalan mati yang aku temui.
Setiap kali!
Apa aku harus fikir tentang apa yang mereka katakan?
Apa aku harus pening - pening tentang apa yang mereka persoalkan?
Apa aku harus kisah tentang penerimaan mereka?
Otak aku jawab harus!
Hati aku kata ah persetankan!
Tapi kalau ikut hati kan mati?
Arghhhhhhhhhh,
Semak.
Betul - betul serabut.

Oh, itu cerita 365 hari yang lalu.
Sebelum aku memutuskan,
Apa yang memerlukan keputusan.

Aku ikut hati.
Syukur, aku tak mati.
Aku tak kisahkan persepsi orang,
Aku pergi mampuskan kata - kata mereka,
Aku yang nak happy,
Bukan korang.

Bila mana aku tanya dia,
"Nak tak jadi BF orang?"
Aku nekad.
Sungguh!
Apa orang nak kata, katalah.
Biarlah seribu satu yang halang,
Biarlah dia tu siapa kepada sesiapa pun,
Aku betul - betul nekad.
Aku nak dia.
Nekadnya aku.
Harapnya aku
Bahawa memang aku pelengkap rusuk kiri dia,
Kerana aku tak sanggup rasa sakit putus cinta kali kedua.

Amin Ya Rabb.


Genap 28 Jun hari ni. Genaplah setahun aku ber in a relationship dengan dia. Jujurnya, ini relationship aku yang paling lama. Dan aku harap inilah yang bawa aku ke jinjang pelamin nanti. Setiap kali solat, itu lah doa aku. Kalau betul dia jodoh aku.

Cerita bermula setahun yang lalu. Semua berlaku tak dipinta. Datang tiba - tiba. Betul! Aku tak minta untuk ada pengganti kepada yang lama sepantas tu. Dan aku tak rasa aku akan terbukak hati untuk ber in relationship. Tapi entah kenapa, bila dia menyatakan sukanya dia pada aku, aku jadi semacam suka pulak. Suka . Betul - betul suka. Aku kira kagum dengan dia. Sebab dalam keadaan aku yang kacau bilau jiwa kacau tu, dia boleh buat aku suka kat dia. Tapi waktu tu aku sangsi dengan perasaan aku sendiri. Aku takut terbawak - bawak dengan perasaan lonely aku pada waktu yang membolehkan aku suka dia. Jadi, setiap kali dia mintak aku untuk jadi GF dia, aku tolak. Atas alasan belum bersedia.

Tapi kami still berhubungan seperti biasa sampai lah waktu dan ketikanya aku rasa aku tak nak hilang dia. Aku dapat rasa sayang dia kat aku. Banyak. Jujurnya, tak pernah aku rasa orang sayang aku sedalam tu. Jadi, aku buat keputusan untuk bersama.

Sekarang dah setahun.

Pada aku, dia yang berjaya dalam relationship ni. Sebab dia yang banyak mengalah, dia yang banyak memujuk, dia yang kurang marah, dia yang suka jernihkan keadaan. Kalau ikut aku, selagi boleh gaduh, selagi tu lah nak gaduh. Haha. Dan dia terima apa adanya aku. Aku percaya, kalau sekali pun aku kentut depan dia, dia takkan kisah. ! Sebab? Dia selalu je buat kerja2 macam tu dan aku tak kisah sangat. Kisah sikit je. Haha.

Dah setahun ni, aku rasa aku makin sayang relationship ni. Aku dan dia betul - betul serius. Bukan masa untuk main - main. Come on. Umur dah 21. Aku tanak ada BF sebab nak ada BF. Aku nak yang bakal jadi suami. Amin. Doa aku setiap kali.

Apa yang best nya dia?? Takde apa yang best! Haha. :)

Banyak bestnya dia. Sayang dia kat aku banyak weh. Aku rasa. Dia banyak ngalah. Dia tak banyak marah. Dia baik. Betul. Dia baik. Dia matang. Dia pandai fikir yang matang - matang. Dia sentiasa ada tiap kali aku susah. Suara dia sedap (sekali ni je aku puji kau!) . Banyak lagi lah. :)

To awak,

Happy 1st year anny! Thank you for everything. I know how much u sacrifice for our relationship. Thank u so much. Awak tahan dengan orang. Awak terima orang apa adanya. Awak tak kisah dengan orang yang rebel ni. Orang salute awak. Sebab dengan awak je sorang je yang orang jadi rebel ni. Dengan yang lain , tak pernah. Tapi awak lah yang paling lama dengan orang. Kira kata kalau orang jadi orang yang lembut cam dulu, senang sangat awak nak jaga ye dak? Hehe. Terima kasih terima orang gemuk atau kurus. Heee. Terima kasih sebab nama orang ada dalam setiap doa awak. Orang pun macam tu! :) Sorry if ada yang terkasar, ada yang awak tak suka orang buat, orang buat jugak lagi.

Orang sayang awak. Sangat - sangat. Orang selalu doakan untuk hubungan kita. InsyaAllah. Panjang jodoh kita awak. Orang dengan awak bukan untuk main - main. Orang tak nak buang masa setahun ni sia - sia je. Kita usaha sama - sama ye agar betul - betul awak untuk orang dan orang untuk awak. Amiin.

Happy Anny! :)

ps: yang atas tu konon - konon coretan buat si dia. bajet ZA. tapi boleh lah drp takde langsung.

3 comments:

Anonymous said...

auwhh dayang sgt sweet..=) atas sane xnak ZA, nak DAH!! =)

ain doakan dayang & hatim *if im not mistaken* kekal 4ever & bahagia selalu...kawin jgn lupa jempot taw! =)

PENCONTENG said...

okay suwit! cepat kahwin saye doakan! =]

.d.a.y.a.n.g. said...

ain : tq ain! insyaAllah. kalau kawen tak lupa jemput. tapi lama lagi lahh! hehe
fina : tq fina!! tapi lambat lagi kot nak kawin. haha. :)